Sanggup cetus ketegangan dengan polis, apa kepentingan Ronnie?

Sanggup cetus ketegangan dengan polis, apa kepentingan Ronnie? Ahli politik sepatutnya berkhidmat untuk rakyat dan bukan bagi pihak yang ada kepentingan peribadi semata-mata.

Justeru, keberadaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew yang sanggup merentas negeri ‘berjuang’ di Parlimen Raub mencetuskan tanda tanya, apakah ada kepentingan tersembunyi.

Ketua Penerangan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) Bahagian Sepang, Asyraf Badhrulhisham berkata, tindakan pemimpin DAP itu merentas negeri ke Pahang demi untuk mencetuskan ketegangan dengan pihak polis patut dipersoalkan.

“Ronnie, kamu wakil rakyat, bukan wakil penceroboh haram! Ataupun memang sebenarnya kamu adalah pengkhianat yang menerima ‘ganjaran’ kerana bertindak hero?

“Atau kamu sebenarnya hanya menggunakan DUN56 Sungai Pelek sebagai alatan kamu mendapat kuasa tapi kesetiaan dan khidmat kamu kepada pihak lain?

“Cuba terus terang, apa kepentingan kamu dalam isu pencerobohan tanah haram di Raub?,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Serentak itu, Asyraf menggesa pengundi Sungai Pelek supaya tidak lagi memberi peluang kepada pemimpin biadab seperti Ronnie dan partinya pada pilihan raya akan datang.

“Rakyat seharusnya mendapat pemimpin yang adil, berwibawa dan dekat dengan isu rakyat. Bukan pengkhianat seperti Ronnie!,” katanya.

Sanggup cetus ketegangan dengan polis, apa kepentingan Ronnie?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


MKT UMNO akan putuskan ‘Kedudukan Akhir’ UMNO dalam kerajaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker