Isteri bakar rumah suami kahwin dua

Isteri bakar rumah suami kahwin dua

Seorang wanita di Kenya ditahan polis kerana menyerang suaminya dan membakar rumah mereka selepas mendapat tahu lelaki tersebut berkahwin dua, lapor laman berita Tuko News.

Florence Karakacha, 43, ditahan di balai polis daerah Kakamega selepas didakwa menyerang Bramwel Lubanga dengan menggigit bibir mangsa sehingga hampir putus.



Mangsa dilaporkan hilang sebahagian daripada bibirnya akibat serangan tersebut selain rumah mereka turut terbakar.

Menurut laporan, Karakacha dikatakan cuba menutup kesalahannya dengan melaporkan kepada polis bahawa dia dipukul suaminya.

Namun, selepas bertindak balas terhadap aduan tersebut, polis mendapati Lubanga sebenarnya menjadi mangsa dalam kes keganasan rumah tangga itu.

Polis kemudian menahan ibu kepada lima anak itu dan dia kini sedang menanti perbicaraan. K Online



Isteri bakar rumah suami kahwin dua

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Februari 2023 paling unik, berlaku 823 tahun sekali



Zalim kalau tak hargainya – Shuib

Aliff akhirnya mengesahkan kontroversinya bersama Sophia Albarakbah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker