Bagaimana kamu boleh terima pengkhianatan tidak berkesudahan, Tony Pua?

Sebaran :

Bagaimana kamu boleh terima pengkhianatan tidak berkesudahan, Tony Pua?

SAUDARA PENGARANG,

SAYA sama sekali tidak terkejut dengan cadangan dan tawaran yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada petang semalam kepada parti-parti politik.

Ia adalah sesuatu yang telah dijangkakan daripada seorang pemimpin yang mendapat kedudukan sedia ada tidak menerusi proses sepatutnya dan sejak itu menggunakan pelbagai taktik bagi mengekalkan kuasa.

Semalam merupakan peluang terakhir baginya yang atas sebab tertentu atau tidak dapat menerima kenyataan bahawa beliau akan kehilangan jawatannya dalam tempoh sebulan lagi.

Namun, cadangan serta tawaran tersebut tidak dapat diterima oleh banyak pihak. Nampaknya memang masa untuk beliau melepaskan jawatannya.

Bagaimanapun, beberapa pihak yang sebelum ini menentang sebaliknya menyokong Muhyiddin. Paling ketara ahli Parlimen DAP, Tony Pua yang mana partinya sendiri dijadikan kambing hitam untuk mengekalkan kuasa Muhyiddin.

Soalan utama saya kepada Tony Pua: Bagaimana kamu boleh menerima ‘pengkhianatan’ khianat tidak berkesudahan dalam pentadbiran negara selama ini terhadap rakyat, parti kamu dan rakan sekutu lain? Muhyiddin telah mengetepikan Pakatan Harapan (PH) untuk berkuasa di Putrajaya.

Mereka melakukan perkara ini pada Februari tahun lalu, ketika penularan Covid-19 semakin meningkat menyebabkan negara menjadi kacau-bilau semasa kita dalam persiapan menghadapi gelombang pertama pandemik.

Tiga bulan kemudian ketika kita berjaya keluar dari gelombang tersebut, akibat nafsu membara untuk menguatkan kuasa politik, mereka sanggup menyeberangi Laut China Selatan untuk Pilihan Raya Negeri Sabah. Tanpa menghiraukan wabak yang sedang melanda di sana, mereka kemudian kembali ke Semenanjung hingga mencetuskan gelombang kedua Covid-19.

Akibatnya, hari ini rakyat terpaksa berdepan bahaya Covid-19 yang mana angka kes baharu positif harian sudah melebihi 20,000, bilangan kematian tiga angka setiap hari, kehidupan semakin tertekan, menjadi penganggur atau setiap hari berdepan risiko hilang pekerjaan.

Namun, boleh pula Tony Pua kata mungkin ada ‘faedah’ jika menerima pelawaan Muhyiddin.

Mari kita lihat ‘faedah’ yang dinyatakan oleh Tony Pua:

Kita akan buat perjanjian sekarang dan ‘buang’ mereka pada Julai tahun depan.
Kita akan minta kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk melaksanakan pembaharuan yang besar.
Kita akan sekat golongan kleptokrat daripada kembali berkuasa.
Kita akan sekat pilihan raya umum di saat pandemik memuncak.
No. 1. Kita akan buat perjanjian sekarang dan ‘buang’ mereka pada Julai tahun depan.

Adakah Tony Pua benar-benar percaya bahawa dia dapat membuat perjanjian yang adil dengan pihak di sebelah sana?

Apakah dia juga berpendapat kita, rakyat sangat mudah ditipu yang pihak di sebelah sana akan mengotakan janji yang dibuat kepada musuh politiknya?

No. 2. Kita akan minta kerajaan PN untuk melaksanakan pembaharuan yang besar.

Soalan saya kepada Tony Pua, bolehkah kamu mempercayai mereka yang telah menodai setiap institusi di negara ini untuk mereformasi institusi tersebut? Jangan lupa, mereka pernah berbuat perkara-perkara berikut:

– Mengkhianati Yang di-Pertuan Agong.

– Menggunakan alasan wabak untuk menggantung Parlimen melalui proklamasi darurat.

– Menggunakan kerusi Speaker untuk menyekat proses Parlimen yang betul termasuk perbahasan dan pengundian.

– Menggunakan mahkamah dan Pejabat Peguam Negara untuk memilih pembangkang secara selektif.

– Menggunakan polis untuk menyekat perbezaan pendapat secara tidak sah.

– Menggunakan kuasa eksekutif untuk memberi penghargaan kepada mereka yang menjalin kerjasama politik.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


No 3. Kita akan sekat golongan kleptokrat daripada kembali.

Golongan kleptokrat yang Tony Pua maksudkan adalah mereka yang dijatuhkan oleh rakyat pada pilihan raya umum lalu. Dia jelas menyindir bahawa ‘Melayu mudah lupa’, kita akan mengembalikan kuasa kepada ‘pencuri.’ Secara tidak langsung, Tony Pua telah melabelkan semua pemimpin Melayu sebagai ‘pencuri’ dan yang lain-lain sebagai ‘rakan pencuri.’

Biar saya tegaskan di sini Tony Pua, kami tidak melupakan mereka yang mengkhianati dan mencuri daripada kami dan tidak mahu ada dalam kalangan mereka terus memerintah kami dalam bentuk apa sekali pun.

Peliknya, kelihatan Tony Pua tiba-tiba mahu berkawan dengan golongan tersebut. Saya tidak faham kenapa?

No. 4. Kita akan sekat pilihan raya umum di saat pandemik memuncak.

Terdapat cara lain untuk mencapainya. Tugas kamu sebagai wakil rakyat yang kami pilih untuk mencari mereka. Maksudnya, kamulah yang perlu mengenal pasti dan memilih mereka (walaupun bukan orang politik) bagi membentuk pentadbiran kerajaan sementara yang bersih dan boleh dipercayai.

Jika kamu atau rakan-rakan kamu tidak mampu melaksanakan semua ini, ketepilah!

RAHIM ZAINUDDIN, pembaca. Utusan

Bagaimana kamu boleh terima pengkhianatan tidak berkesudahan, Tony Pua?

Najib pesan pada MP Umno ingkar arahan parti, ‘Taubatlah Sekarang’


Sebaran :

Leave a Reply