Anwar gesa OIC tegas tangani isu Islamofobia
Anwar gesa OIC tegas tangani isu Islamofobia
JEDDAH: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengambil langkah tegas dalam menangani isu Islamofobia.
Beliau berkata, pandangan itu antara yang disuarakannya secara peribadi ketika menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung OIC, Hissein Brahim Taha dan delegasinya di sini, hari ini.
“Islamofobia ialah sikap melampau benci dan anti-Islam yang tidak munasabah, tidak siuman kerana dia mengambil sikap yang agak benci kepada semua penganut Islam dan memandang rendah, menghina agama dan pegangan umat.
“Jadi kita menyatakan harus ada kesediaan di peringkat antarabangsa (dalam soal ini),” katanya selepas kunjungan hormat itu yang turut disertai Menteri Luar, Zambry Abdul Kadir serta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Anwar dan delegasi tiba di Jeddah hari ini bagi lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi.
Beliau turut memberi jaminan Malaysia akan terus memainkan peranan, bukan saja sebagai anggota aktif OIC, malah antara negara pengasas pertubuhan itu dalam menangani pelbagai isu dihadapi umat Islam seluruh dunia.
“Manakala pihak Turki bersama Malaysia akan bersama-sama dalam usaha mengetengahkan isu Islamofobia supaya difahami dan jangan kita biarkan serangan beberapa kelompok di barat yang benci pada agama, tapi kita harus mengambil sikap memberi jawapan tegas.”
Selain itu, beliau turut membangkitkan isu Palestin dengan menyatakan komitmen Malaysia untuk terus menyokong perjuangan hak warganya, selain mahu kerjasama rapat Malaysia dan OIC dalam hal berkenaan.
Dalam pertemuan itu, Anwar berkata, beliau turut melaporkan usaha dan kesediaan Malaysia dalam membantu isu di selatan Thailand dengan meningkatkan kerjasama dengan kerajaan Thailand serta isu umat Islam di selatan Filipina.
“Seperti mana juga di selatan Filipina, Mindanao. Bila perbincangan saya dengan Presiden, Ferdinand R Marcos Jr ini kita laporkan supaya pihak OIC dapat mendengar sendiri tentang langkah-langkah kita cuba selesaikan masalah, membantu Filipina dan umat Islam yang sekarang diberi kuasa sementara.”
Selain itu, katanya, OIC memaklumkan beberapa langkah telah diambil, umpamanya kerajaan Arab Saudi akan mengadakan persidangan wanita peringkat antarabangsa untuk menekankan kepentingan pendidikan wanita. FMT
Anwar gesa OIC tegas tangani isu Islamofobia
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin jangan jadi Donald Trump – Guan Eng
- Saya mungkin adakan bicara di hospital atau rumah Siti Nuramira, hakim beri amaran
- Ayahanda bazar Ramadhan hisap darah
- Uqasha Senrose dituduh pembuli kerana pertahankan adik
- Acara Thai Hot Guy tiada lesen, DBKL diarah ambil tindakan – pegawai Anwar
- Puteri Sarah fail hadanah
- Chris Rock dan kita
- Buatlah apa pun, saya tak takut – Puteri Sarah
- Berzina ketika suami merantau ke Malaysia, wanita dirotan 100 kali
- Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
- Lelaki dicurangi kekasih terima wang Dana Insurans Patah Hati
- Kucing ‘busker’ tarik perhatian ramai [VIDEO]
- Nasib malang pengguna LinkedIn tular di internet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET