Nasib malang pengguna LinkedIn tular di internet

Berikut merupakan senarai pekerjaan individu terbabit yang dimuatnaik di Twitter. – Twitter

WASHINGTON – Profil seorang pengguna laman web LinkedIn baru-baru ini tular di media sosial bukan kerana kemahirannya yang unik tetapi kerana dia terlalu kerap bertukar kerja, lapor stesen penyiaran NDTV.

Menariknya, semua syarikat di mana pengguna akaun itu bekerja mengalami kegagalan.

Bukan itu sahaja, pengguna itu bahkan baru sahaja menyertai syarikat Credit Suisse yang dibeli oleh gergasi perbankan Switzerland, USB.

Profil itu tular selepas ia disiarkan di LinkedIn dan Twitter seorang wartawan Bloomberg, Trung Phan.

Senarai pekerjaan individu tersebut didedahkan iaitu bermula pada Mac 2012, dia menyertai syarikat Theranos yang akhirnya ditutup kerana dakwaan penipuan.

Pekerja itu kemudian berhenti selepas lima tahun bekerja dan menyertai syarikat WeWork pada April 2017.

Dua tahun kemudian, dia terpaksa meninggalkan WeWork kerana ia menggugurkan saham terbitan awam (IPO) apabila pelabur membangkitkan kebimbangan mengenai kekuatan kewangan, hutang dan amalan tadbir urus korporat syarikat.

Individu tersebut kemudian menyertai syarikat mata wang kripto, FTX pada 2020 tetapi ia juga runtuh menjelang 2022.

Dia kemudian menyertai Silicon Valley Bank (SVB) dan bekerja selama tujuh bulan sebelum ia runtuh pada Mac tahun ini.

Pekerjaan terbaru individu tersebut adalah di Credit Suisse yang juga telah terjejas oleh kegawatan dalam pasaran kewangan dan dibeli oleh Kumpulan UBS.

“Perkara ini menyeronokkan untuk ketawa. Saya perlu tahu di mana orang ini bekerja,” kata seorang netizen pada hantaran di Twitter tersebut. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Farid Kamil tak dapat jumpa anak, dihalang masuk rumah?

Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik

Mahathir terus-menerus tibai Anwar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker