Kerajaan tubuh Majlis Madani dipengerusikan Perdana Menteri
BANGI – Kerajaan menubuhkan Majlis Madani bagi keterlibatan semua pihak menterjemahkan pelaksanaan inisiatif tersebut dalam usaha membentuk sebuah negara Madani
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Majlis Madani itu secara rasminya akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Usaha-usaha ini pastinya dapat dilaksanakan apabila Majlis Madani ini mengadakan program bercorak rasmi dalam pentadbiran dan tentunya dalam menyantuni kerja-kerja NGO (pertubuhan bukan kerajaan) Islam serta para ilmuwan Islam tanpa meninggalkan ilmuwan dari pelbagai agama juga latar belakang lain.
“Sememangnya, saya sangat mendokong usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan saya yakin semua bangsa juga agama setelah memahami falsafah (ini) pasti akan mendokong hasrat beliau.
“Bukan hanya soal falsafah dan konsep tetapi program-program yang akan dilakukan, kita tunggu lah hingga Perdana Menteri membuat pengumuman terhadap keputusan-keputusan kepada mesyuarat Majlis Madani,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Perpaduan NGO-NGO Islam 2023 di sini hari ini.
Pada konvensyen itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Zamri Zainal Abidin turut mengemukakan 10 resolusi termasuklah membangunkan kompleks lengkap dengan fasiliti milik bersama gabungan NGO Islam dengan bantuan daripada dana kerajaan.
Ketika ditanya mengenai resolusi berkenaan, Ahmad Zahid berkata, beliau akan memaklumkan sendiri perkara tersebut kepada Anwar.
“Saya hampir pasti bahawa beliau (Anwar) akan bersetuju, ini (pembangunan fasiliti) tentunya memerlukan dana, mungkin saya akan bisikkan terus kepada beliau umpamanya (pada) Belanjawan 2024 mungkin beliau boleh memasukkan permintaan NGO Islam ini,” ujarnya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Abim ziarah Dalai Lama
- Polis tolak teori konspirasi Chegubard
- 3 anak Najib Razak antara penerus legasi kepimpinan keluarga dalam UMNO
- Jual gelaran ‘Datuk Seri’ RM60,000, 2 lelaki didakwa
- Norjuma diisytihar bankrap
- Najib sindir Mahathir diktator yang suka gelar orang lain sebagai diktator
- Nazri cadangkan kerajaan guna ISA pada Mahathir
- Tetamu majlis umpama ‘kedai emas bergerak’ di dalam majlis perkahwinan [VIDEO]
- Hanya seorang murid berdaftar, habis semua jawatan disandang tanpa saingan
- Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik
- Tajuddin tolak PAS dan Bersatu, masih harap Umno terima rayuan penggantungan
- Atok terkena serangan jantung ketika ‘layan’ pelacur
- Pelawak Indonesia ‘diserang’ peminat Jennie Blackpink kerana kritik persembahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.