Lagu Balik Kampung Sudirman lagu balik mengundi bukan lagu balik raya

Lagu Balik Kampung Sudirman lagu balik mengundi bukan lagu balik raya

Lagu Balik Kampung Sudirman lagu balik mengundi bukan lagu balik raya
Allahyarham Sudirman Haji Arshad

Di sebalik populariti lagu Balik Kampung nyanyian asal Allahyarham Sudirman Arshad yang sering dimainkan ketika menjelangnya hari raya Aidilfitri sebenarnya bukanlah lagu untuk sambutan hari raya.

Menurut portal hiburan Boom, lagu yang dicipta pada 1984 oleh S. Atan pada asalnya dihasilkan adalah untuk menggambarkan keseronokan pemuda-pemudi atau mahasiswa yang berada di kota pulang ke kampung untuk mengundi.

“Lagu ini saya cipta sempena kempen pilihan raya bagi menggambarkan perasaan anak muda dapat bercuti dan pulang ke kampung untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia.

“Bagi menambahkan jiwa dan rasa, lagu ini disuntik dengan elemen sama seperti yang selalu kita rasai sewaktu balik berhari raya di desa tercinta.

“Sejujurnya, saya tak sangka lagu ini akan jadi ‘evergreen‘ (malar segar) hingga ke hari ini sebaik tibanya musim perayaan,” ujarnya.


Baca Artikel Menarik:

Hattan sekolahkan wartawan, netizen pulak anggap kurang ajar


Sebagai rekod, selain Balik Kampung, S. Atan yang aktif sebagai penerbit dan komposer sejak awal 1970-an sudah mencipta lebih 50 lagu raya dan hampir kebanyakannya kekal hit hingga ke hari ini.

Rata-rata orang ramai yang baru mengetahui hal tersebut ternyata teruja dan menganggap lagu tersebut merupakan antara lagu terbaik dan lagu wajib dengar ketika tibanya musim perayaan.

“Aku baru tahu, patut la dalam rangkap lagu ini tidak ada perkataan raya walau satu kali pun,” ujar Zaibidi.

“Mati-mati ingat lagu ni lagu raya, tapi macam kena sahaja dengan sambutan raya,” jelas Cikgu Ajis


Baca Artikel Menarik:

Duet ‘live’ Nasib Kita, kenangan terakhir bersama Mael XPDC – Joe Branko


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker