Datuk Roy bebas dengan jaminan SPRM
Datuk Roy bebas dengan jaminan SPRM
Lelaki dikenali sebagai “Datuk Roy” dan seorang bekas timbalan pendaftar mahkamah yang direman untuk membantu siasatan kes rasuah berhubung program Jana Wibawa, dilepaskan hari ini dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perkara itu disahkan peguam bela kedua-dua lelaki berkenaan, Fahmi Abd Moin, yang memaklumkan Majistret Mahkamah Putrajaya, Irza Zulaikha Rohanuddin, membenarkan anak guamnya dilepaskan masing-masing dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.
Datuk Roy ditahan ketika memberi keterangan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 di pejabat SPRM Kuala Lumpur, 3 petang Isnin lalu, lapor Berita Harian.
Majistret Kuala Lumpur, Noorelynna Hanim Abd Halim, kemudian membenarkan lelaki berusia 54 tahun itu direman tiga hari dan melepaskan suspek dengan jaminan SPRM, Khamis lalu.
Pada hari sama, Datuk Roy ditahan semula sebelum Mahkamah Majistret Putrajaya menyambung reman empat hari lagi berakhir hari ini.
Datuk Roy diburu SPRM kerana didakwa menjadi “perancang utama” kes rasuah berkaitan siasatan agensi anti-rasuah ke atas program Jana Wibawa.
Dia juga pernah dipenjarakan kerana kesalahan rasuah sebelum ini.
Empat individu termasuk seorang pegawai SPRM, ditahan dan kemudian dibebaskan dengan jaminan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM400,000 bagi mengelakkan siasatan ke atas program kontroversi itu.
Bekas timbalan pendaftar itu pula ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur, 9.30 malam, Jumaat lalu, sebelum direman tiga hari berakhir hari ini.
Suspek berusia 50-an itu disyaki cuba bersubahat meminta wang suapan berjumlah kira-kira RM2 juta, bagi membantu menyelesaikan kes siasatan SPRM terhadap seorang ahli perniagaan yang sudah dituduh berkaitan projek itu.
Lelaki itu dipercayai meminta suapan sebagai balasan seperti meminta pihak SPRM menukar keterangan tertuduh kepada saksi dan menukar pertuduhan rasuah kepada pertuduhan alternatif.
Suspek pernah bertugas sebagai timbalan pendaftar mahkamah di Putrajaya, sebelum bersara pada Disember 2021. FMT
Datuk Roy bebas dengan jaminan SPRM
Baca Artikel Menarik:
- Senarai penuh MKT bagi Pemilihan UMNO Sesi 2023/2026
- 54 ketua bahagian UMNO muka baharu
- Pengurus syarikat Fazura didakwa berdepan hukuman penjara, sebat, denda
- Mahathir jangan bermain api, nanti terbakar negara sendiri
- Noh Salleh ditegur mencarut setiap masa atas pentas
- Little Miss Khan – Pakai Baju rona kulit melekap di badan
- Populariti Mierul Aiman memdadak
- Isteri rasa bahagia selepas suami jalin hubungan sulit
- Mimi Lana dah bersedia
- Beberapa kerat orang – Tan Sri, tauke besar rancang gugat kerajaan – Anwar
- Kenyataan media Syed Mokhtar
- Keputusan pemilihan isyarat Umno sedia berubah – penganalisis
- Hadi diingatkan jangan lupa hadir sidang Parlimen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator
You must be logged in to post a comment.