Ahmad Idham letak jawatan CEO FINAS

Ahmad Idham letak jawatan CEO FINAS

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri sudah menyatakan hasrat meletak jawatan dalam mesyuarat Ahli Lembaga pada Khamis lalu.

Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid berkata, Ahli Lembaga FINAS bersetuju melepaskan Ahmad Idham dan menyokong penuh perjalanan kerjaya seterusnya.

“Perasaan kami tentulah sedih dan gembira seperti dinyatakan dalam mesyuarat Ahli Lembaga FINAS.

“Sedih kerana terpaksa melepaskan ketua komandan, tentulah rasa kehilangannya. Kami berjuang bersama dalam membantu menggerakkan dan membangunkan industri seni kreatif pada era pandemik.

“Terlalu banyak agenda dirancang dan dilaksanakan. Walaupun antaranya masih tertangguh dan baru hendak bermula disebabkan penularan serta peningkatan kes COVID-19,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, katanya, Ahli Perbadanan FINAS tetap gembira kerana Ahmad Idham beralih ke kementerian yang membuka ruang untuk industri kreatif melakukan anjakan lebih besar.

“Dalam bersedih, kami tetap gembira dengan lonjakan kerjaya Ahmad Idham.

“Apa yang dilihat, ia membuka ruang lebih besar untuk Ahmad Idham mengembangkan industri kreatif ke peringkat global. Kami mengharapkan Ahmad Idham dapat melaksanakan tugasan baharu dengan lebih cemerlang.

“Ahli Perbadanan FINAS akan segera mengemukakan surat peletakan jawatan Ahmad Idham kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa untuk kelulusan,” katanya.

Desas-desus bertiup kencang mengatakan Ahmad Idham akan menyandang jawatan penting di sebuah kementerian bertaraf diplomat.

Difahamkan, tugasan baharu Ahmad Idham masih berkaitan dunia seni, kreatif dan budaya. Namun, tugasan lebih mencabar apabila membawa budaya, muzik dan filem ke mata dunia. BH

Ahmad Idham letak jawatan CEO FINAS


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker