Ustaz Zainul Asri dituntut mohon maaf oleh MAINPP

Ustaz Zainul Asri dituntut mohon maaf oleh MAINPP

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menuntut permohonan maaf daripada penceramah bebas, Ustaz Zainul Asri Mohd Romli berhubung kenyataan menerusi video kuliahnya di aplikasi TikTok yang dilihat boleh menimbulkan salah anggap dalam kalangan masyarakat.

Yang Dipertua MAINPP, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, berkata menerusi video pada 14 Februari lalu itu, Zainul Asri mendakwa sebuah masjid di Pulau Pinang yang dulunya dimiliki India Muslim kini menjadi tempat ibadat orang bukan Islam selepas pemiliknya pulang ke India.



Selain menafikan dakwaan itu, Ahmad Zakiyuddin berkata, ia juga boleh menimbulkan perbalahan antara kaum dan agama di negeri ini.

“MAINPP dengan sekeras-kerasnya menafikan tuduhan liar itu kerana secara fakta merujuk kepada ‘Interim Register’ lot yang dimaksudkan, terdapat 20 pemegang amanah asal bagi Kong Hock Keong Temple menerusi Perintah Mahkamah (Peletakan Hak) Jilid 2, Fol 61 pada 28 Disember 1973 yang seterusnya berlaku pertukaran pemegang amanah disebabkan kematian.

“Lot 523 ini adalah terbitan daripada Lot 71 (2) TS 19, Daerah Timur Laut dan lot tanah itu berstatus gred 1,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Zakiyuddin berkata, pada asalnya (rujukan Deed Poll bertarikh 10 Julai 1888), tanah itu dimiliki pemegang amanah berkenaan bagi Kong Hock Keong Temple No 30 Pitt Street menerusi Geran No 2420 tahun 1838.



Katanya, ia adalah pemberian daripada ‘The Public Seal of the Colony’ oleh Gabenor dan Komander Negeri-Negeri Selat iaitu Cecil C Smith.

“Sehubungan itu, MAINPP menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Zainul bagi menjernihkan persepsi negatif yang mula tersebar dalam kalangan umat Islam Pulau Pinang,” katanya. BH

Ustaz Zainul Asri dituntut mohon maaf oleh MAINPP

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu

Sudah terlambat Sol – Puteri Sarah



Syamsul Saja Nak ‘Torture’ Mental Puteri Sarah?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker