Keluarga ketakutan singa muncul depan tapak perkhemahan

Sebuah keluarga yang sedang menikmati perkhemahan di Kgalagadi, Botswana, terkejut apabila seekor singa jantan muncul dan berjalan hanya beberapa meter di hadapan tapak perkhemahan mereka, lapor akhbar The Sun semalam.

Kejadian itu berlaku di kawasan rizab semula jadi di Kgalagadi, iaitu tempat pengunjung safari berhenti untuk berehat.

Satu rakaman video menunjukkan haiwan tersebut berjalan di sekitar tapak perkhemahan dan meninjau persekitarannya.



Singa itu juga menghampiri sebuah meja dan memeriksa apa yang berada di atasnya, di sebelah keluarga tersebut yang sedang berada dalam ketakutan.

Mereka bagaimanapun kekal bertenang dan berbisik sesama sendiri serta berdiam diri.

Rakaman video itu berakhir dengan singa itu menghampiri keluarga tersebut dan merenung mereka seketika sebelum beredar.

Seorang saksi menyifatkan ia sebagai satu kejadian yang berlaku sekali seumur hidup dan berkata: “Singa masuk ke kawasan kem tanpa diberitahu dan dalam keadaan senyap seperti yang berlaku kepada kami.” – Agensi



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik



Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)



Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker