Wujud 3 kem berbeza dalam pemilihan UMNO?

Wujud 3 kem berbeza dalam pemilihan UMNO?

Pemilihan kepemimpinan UMNO bagi penggal baharu, menyaksikan semua jawatan tertinggi bermula dari peringkat Naib Presiden hinggalah kepada ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), ketua tiga sayap dan naib masing-masing, berdepan pertandingan sengit.

Dari satu sudut, ia menunjukkan amalan demokrasi dalam UMNO masih terus subur, manakala dari perspektif lain pula seolah-olah menggambarkan wujud tiga kem berbeza, susulan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2022) untuk dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan.

Penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan, berkata beliau melihat seperti wujud kem yang condong kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; kelompok kedua adalah antipresiden; manakala ketiga pula kumpulan bebas atau di tengah-tengah.

“Memang sudah diduga, pemilihan kali ini akan ada ramai yang mencalonkan diri. Sebab kita lihat ada tiga kumpulan (dalam UMNO). Kumpulan pro-Ahmad Zahid, kumpulan anti-Ahmad Zahid dan ketiga, yang tengah-tengah, bukan pro atau anti.

“Penting untuk ahli UMNO memikirkan mengenai kumpulan pro atau anti ini kerana ia boleh menyukarkan parti mengembalikan kegemilangannya. Jika calon yang dipilih adalah ‘neutral’ atau di tengah-tengah, (dijangka) mudah untuk UMNO mengembalikan kegemilangannya.

“Hala tuju UMNO akan diuji pada Pilihan Raya Negeri (PRN), tidak lama lagi. Semuanya bergantung pada ahli parti itu sendiri. Jalan terbaik adalah jalan tengah, iaitu pilih calon yang tidak berpihak, baik dalam kem pro atau antipresiden,” katanya kepada BH.

Hari ini adalah hari terakhir untuk pendaftaran pencalonan bagi jawatan dalam UMNO pada peringkat Pusat.

Setakat petang tadi, sekurang-kurang lapan calon sudah menghantar pencalonan bagi merebut tiga jawatan Naib Presiden.

Dua penyandang jawatan ketiga tertinggi dalam hierarki parti, iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid, sudah mengesahkan pencalonan, manakala seorang lagi penyandang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, belum mengumumkan pendiriannya.

Calon lain ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohamad; dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Selain itu, Ahli MKT, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; serta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, berkata UMNO kini melalui fasa amat penting dalam usaha memulihkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap parti berkenaan.

“Bilangan calon yang ramai menunjukkan amalan demokrasi dalam UMNO diraikan dan membolehkan masing-masing menyumbang dalam parti,” katanya.

Beliau berkata, tatkala UMNO dikatakan tenat dan sukar kembali menggugat, ramai bersedia untuk menggalas tanggungjawab walaupun mereka sedar fasa kini penting untuk memulihkan keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada parti dan kepemimpinannya.

Sivamurugan berkata, apabila wujud pertandingan, khususnya pada peringkat Naib Presiden, MKT serta ketua-ketua sayap, sudah pasti ia akan membawa kepada pertembungan pelbagai penjuru yang perlu dilalui.

“Calon perlu tahu batasan yang wajar dihormati, baik mengenai lawan atau parti, untuk mengelakkan perpecahan.

“Siapa menang sekalipun, perlu rapatkan barisan dan permuafakatan dalam parti. Perpecahan dapat dielak jika tidak wujud pembunuhan karakter, sebaliknya menumpukan kekuatan masing-masing,” katanya. BH

Wujud 3 kem berbeza dalam pemilihan UMNO?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’

Zarina jawab tuduhan Khazrul

Related Articles

One Comment

  1. To Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (President of the Malaysian Chinese Association)

    Di sini saya ingin mengatakan bahawa BN kalah bukanlah koncern BN tak baik, khas nya MCA kerana kebanyakan Ahli MCA cabangan bawah, pemimpinnya sudah berjaya sombong dan tidak berkhimat dan ular, olih itu mengakibatkan ramai Malay, Cina dan India naik marah dan kalah PRU teruk

    Contohnya, yang saya tahu Pengerusi MCA GOMBAK YIP JIUN HANN, dan Datuk Yip Kum Fook(Bapanya).. mereka ular sampai wang Tokong pun berani telang dan halau Sami Buddha keluar dari tokong, orang ramai benci MCA.

    Sekarang dalam internet terlalu ramai yang mengadu tentang mereka (Datuk Yip Kum Fook dan Yip Jiun Hann), Tuan kena buat sesuatu, kami masyarakat Cina di Kepong dan ahli MCA, juga kami amat memalukan kaum lain.

    Sekira MCA cuba ingin memulit nama baik dan sokongan olih orang ramai semula, pemimpin seperti ini patut di kikis dengan bersih dalam parti, Kalau tidak sampai bila pun susah memulit semangat

    Sekian, Terima kasih

    Yap Leong Fah

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker