UMNO Kedah perlu dipimpin individu berpengalaman

UMNO Kedah perlu dipimpin individu berpengalaman

UMNO Kedah perlu dipimpin oleh individu berpengalaman jika mahu bangkit semula daripada kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Perwakilan UMNO Cawangan Seberang Perak, Datuk Ir. Guntor Tobeng berkata, tanpa kepemimpinan yang berpengalaman, sukar untuk parti itu memberi saingan kepada lawan terutama Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan selewat-lewatnya Jun ini.

Katanya, PRU15 menunjukkan UMNO Kedah hilang kekuatan dan tidak ada kemampuan untuk memberi saingan kepada lawan.

“Pernahkah kita terbayang UMNO tak mampu menang satu kerusi Parlimen di Kedah? Satu ketika dulu kita rasa mustahil perkara begini akan berlaku. Tetapi pada PRU15 ia menjadi realiti.

“Di Kedah, tak ada satu pun kerusi Parlimen yang kita menang. Kita kena belasah teruk.

Kalau dinilai pada situasi sekarang ini, untuk bangkit pada Pilihan Raya Negeri yang dijangka akan diadakan sekitar bulan Jun depan pun UMNO tidak mampu.

“UMNO sudah hilang kekuatan, hilang taring untuk berjuang. Selepas kalah teruk pada PRU15 pemimpin-pemimpin UMNO Kedah terus menikus. Masing-masing menyepikan diri.

“Sepatutnya sekarang ini kita sudah kena susun strategi untuk menghadapi pilihan raya negeri. Kita sudah kalah teruk di Parlimen pada PRU15, jangan pula sampai pada pilihan raya negeri, yang lebih kurang sekitar empat bulan sahaja lagi kita bungkus juga,” kata ketika berucap membentangkan ucapan penangguhan.

Oleh kata Guntor, beliau berpandangan, UMNO sama ada di peringkat bahagian Alor Setar atau negeri memerlukan seorang pemimpin yang ada kaliber, yang ada wibawa untuk memimpin parti menghadapi badai politik sekarang ini.

“Sudah jelas dan nyata kepada kita bagaimana pemimpin-pemimpin yang diberi peluang untuk mengemudi parti menghadapi PRU15 gagal untuk berhadapan dengan badai itu.
“Di bawah pimpinan mereka UMNO rebah dan dipijak-pijak oleh musuh kita, sampai tidak tinggal apa.

“Apa selepas ini kata mahu melepaskan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula? Adakah kita rela untuk hilang segala-galanya di Kedah ini? Hilang sampai tak tinggal satu kerusi DUN pun? Adakah itu yang kita nak?” Tanya beliau.

Sebab itu, katanya, UMNO Kedah memerlukan seorang pemimpin yang boleh membetulkan parti dan dapat mengembalikannya ke atas landasan perjuangan serta dapat mengembalikan sokongan rakyat pada pilihan raya.

Katanya, sekarang adalah masa yang kritikal untuk UMNO yang tiada masa untuk untuk menguji atau memberi peluang pemimpin tunjuk bakat.

“Kita perlu strategi untuk bertindak segera. Hanya yang ada pengalaman boleh berbuat demikian. Jika tidak, percayalah dalam pilihan raya negeri nanti tidak ada yang tinggal untuk UMNO Kedah ini,” katanya.

Sebelum ini bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah kembali ke gelanggang politik apabila akan bertanding merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar yang pernah disandangnya. Utusan

UMNO Kedah perlu dipimpin individu berpengalaman

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’

Zarina jawab tuduhan Khazrul

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker