Pemandu teksi durjana ditahan, disyaki cabul anggota polis

PETALING JAYA: Seorang pemandu teksi ditahan kerana disyaki mencabul seorang anggota polis wanita dalam kejadian di sebuah medan selera di AU5, Lembah Keramat, Taman Melawati dekat sini kelmarin.

Kejadian pada 10.55 pagi itu dipercayai berlaku apabila anggota polis wanita berusia 30 tahun itu sedang berdiri berhampiran meja untuk memilih kuih sebelum seorang lelaki yang berada di belakang meraba punggungnya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, anggota polis terbabit yang bertugas d Balai Polis Hulu Kelang itu kemudian bertanyakan lelaki itu kenapa dia berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, suspek tidak mengaku dan menyalahkan pengadu kerana berdiri di kawasan sempit sambil memberitahu bahawa dia datang bersama isterinya dan sedang bersarapan di situ.

“Berikutan itu, polis yang menerima aduan kira-kira pukul 12.45 tengah hari ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap suspek.

“Suspek adalah seorang lelaki warga Indonesia berusia 58 tahun dan bekerja sebagai seorang pemandu teksi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, suspek direman tiga hari sehingga esok untuk membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’

Zarina jawab tuduhan Khazrul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker