Pemandu teksi cabul polis direman
Pemandu teksi cabul polis direman
Seorang pemandu teksi ditahan kerana disyaki mencabul seorang anggota polis wanita dalam kejadian di sebuah medan selera di AU5, Lembah Keramat, Taman Melawati di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.55 pagi itu, anggota polis wanita berusia 30 tahun itu sedang berdiri berhampiran meja untuk memilih kuih sebelum seorang lelaki yang berada di belakang meraba punggungnya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata anggota polis terbabit yang bertugas d Balai Polis Hulu Kelang itu kemudian bertanyakan lelaki itu kenapa dia berbuat demikian.
Bagaimanapun, katanya suspek tidak mengaku dan menyalahkan pengadu kerana berdiri di kawasan sempit sambil memberitahu bahawa dia datang bersama isterinya dan sedang bersarapan di situ.
“Berikutan itu, polis yang menerima aduan kira-kira jam 12.45 tengah hari ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap suspek.
“Suspek adalah seorang lelaki warga Indonesia berusia 58 tahun dan bekerja sebagai seorang pemandu teksi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, suspek direman tiga hari sehingga esok untuk membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. HM
Pemandu teksi cabul polis direman
Baca Artikel Menarik:
- Nazifuddin Najib tanding Ketua UMNO Bahagian Langkawi
- Kenapa polis, SPRM perlu mendapatkan kebenaran Ketua Hakim untuk menyiasat salah laku
- Noraini sedia dicabar Shahrizat
- Ustaz Azhar Idrus kini dilarang berkuliah di Selangor
- Johari tanding naib presiden Umno
- Netizen doa isteri Hafidz Roshdi kuat, beri tips
- Anwar kembali bentang belanjawan negara selepas 26 tahun
- Pelajar tikam guru hingga mati, dakwa dirasuk
- E-Filing Tahun Taksiran 2022 dibuka mulai 1 Mac 2023
- Curi kereta di UK, jumpa di Thailand
- Hafidz Roshdi, isteri sah bercerai talak satu
- Adam Radlan bakal berdepan tuduhan ke-5 berkait Jana Wibawa
- Penuntut IPT beli ganja dari Thailand
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’