Pemandu e-hailing didakwa kurang ajar boleh makan dulu, suruh penumpang pandu sendiri
Seorang pelanggan meluahkan kekecewaan apabila berhadapan dengan seorang pemandu e-hailing yang didakwa bertindak kurang ajar kerana enggan memberi kerjasama.
Menerusi perkongsian Amin Nurazmi di Twitter miliknya, dia memaparkan dua tangkap layar perbulannya bersama individu terbabit dan ingin membatalkan tempahan kerana kerana tidak mahu menunggu lama.
Berdasarkan tangkap layar itu, pemandu tersebut turut meminta Amin untuk memandu sendiri sekiranya ingin cepat.
“Hi, nak tunggu ke? Saya tengah makan, cik la ‘cancel’ (batal) tempahan lagipun saya letak pinggan di meja. Sama ada nak tunggu atau buat tempahan baharu.
“Kalau nak cepat ‘drive’ (pandu) sendiri cik. Saya ni manusia bukan robot,” ujar pemandu terbabit.
Sehubungan itu, Amin mengakui tidak berpuas hati menerima layanan yang disifatkan sebagai kurang ajar.
“Pemandu e-hailing kurang ajar, dah ‘accept’ (terima) tempahan, tetapi tengah makan. Suruh dia ‘cancel’ (batal) dia tak nak.
“Lepastu tu loyar buruk. Dah buat aduan di syarikat berkenaan tetapi macam biasa. Cakap akan ambil tindakan namun tak nak kongsi hasil tindakan,” katanya bersama hantaran tersebut.
Dalam pada itu, dia turut memuat naik maklum balas yang diterima daripada syarikat terbabit mengatakan dia dibenarkan untuk membatalkan tempahan tanpa dikenakan sebarang caj.
Bagaimanapun, Amin memberitahu, dia sengaja membiarkan tempahan tersebut kerana ingin berjumpa dengan pemandu terbabit.
“Saya saja tak nak batalkan. Nak tengok dia berani tak jumpa depan. Hujung-hujung dia (pemandu) batalkan tempahan. Ada yang pernah jumpa pemandu macam ini?,” soalnya.
Meskipun begitu, tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati orang ramai tidak menyalahkan pemandu itu sebaliknya mempersoalkan sistem yang digunakan pakai syarikat perkhidmatan berkenaan.
“Ramai salahkan pemandu tetapi dengan sistem harga baharu ini, kesian pada pemandu. kadang-kadang lokasi ‘pickup’ (ambil) terlalu jauh dan juga ia ‘auto accept’ (terima tempahan automatik),” kata Wan.
“Untuk kes sebegini, ada dua pihak yang memang akan terluka. Yang buat e-hailing akan faham situasi pemandu. Situasi pelanggan pula, akan sakit hati bila kena macam ini. Maka pihak yang mempunyai kuasa tolong lakukan sesuatu,” ujar seorang pengguna
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Nazifuddin Najib tanding Ketua UMNO Bahagian Langkawi
- Kenapa polis, SPRM perlu mendapatkan kebenaran Ketua Hakim untuk menyiasat salah laku
- Noraini sedia dicabar Shahrizat
- Ustaz Azhar Idrus kini dilarang berkuliah di Selangor
- Johari tanding naib presiden Umno
- Netizen doa isteri Hafidz Roshdi kuat, beri tips
- Anwar kembali bentang belanjawan negara selepas 26 tahun
- Pelajar tikam guru hingga mati, dakwa dirasuk
- E-Filing Tahun Taksiran 2022 dibuka mulai 1 Mac 2023
- Curi kereta di UK, jumpa di Thailand
- Hafidz Roshdi, isteri sah bercerai talak satu
- Adam Radlan bakal berdepan tuduhan ke-5 berkait Jana Wibawa
- Penuntut IPT beli ganja dari Thailand
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’
You must be logged in to post a comment.