Memancing dan Misbun tidak dapat dipisahkan

DATUK Misbun Sidek dan badminton terlalu sinonim kerana sejak kecil hingga sekarang, dia mengabdikan hampir seluruh hidupnya untuk sukan yang amat dicintai itu.

Pernah diceritakan oleh anaknya sendiri, Misbun Ramdan, tahap obses bapanya terhadap badminton adalah sehingga bermain pada pagi Syawal bersama sanak saudara sebelum bergerak ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Bagaimanapun, jurulatih berusia 63 tahun itu turut mempunyai kegilaan terhadap satu lagi hobi, iaitu meman­cing. Sama seperti badminton, memancing sudah sebati dalam dirinya sejak kecil.



Bagi Misbun, meman­cing memberi kepuasan berbeza selain teruja mendapatkan tangkapan apabila joran dilemparkan ke dalam air.

“Rumah saya dahulu di Banting, sebelah ada parit besar dan parit dikatakan jauh sampai ke Jugra, memang menjadi laluan ikan. Ada ikan puyu, keli dan haruan.

“Semasa kecil, saya lihat ramai orang memancing di situ, dan saya mula terikut-ikut. Sejak itu saya mula minat memancing.

“Dahulu waktu sekolah rendah, yang rajin ikut saya (Datuk Seri) Jalani dan Rahman. Macam Razif dan Rashid jarang sekali, sebab perbezaan umur,” jelas Misbun kepada Mingguan Malaysia.



Tambah Misbun, ikan pa­ling berat pernah ditangkap ialah kerapu naga yang mencecah lebih 120 kilogram.

Sehingga kini, dia masih meneruskan hobinya itu, yang disifatkan turut memakan belanja tinggi sehingga mence­cah ribuan ringgit gara-gara terjebak mengumpul peralatan memancing yang dibeli dalam dan luar negara.

Hobinya itu turut pernah membawanya memancing sehingga ke Australia dan New Zealand.



“Memancing saya anggap hobi, dan untuk ada hobi anda kena ada satu perasaan bila kita pergi untuk dapatkan ikan. Kalau macam sekarang dekat kolam yang saya sering kunjungi, memang kalau rancang nak dapatkan ikan siakap, maka ikan siakaplah yang harus saya dapat, begitu juga kalau saya ke laut.

“Tetapi memancing tak boleh selalu, kerana dia akan menjadi gian,” kata Misbun.

Misbun turut menerapkan ilmu dalam dunia badminton diaplikasikan dengan dunia memancing bagi membolehkan dia mendapatkan tangkapan yang lebih baik.



“Badminton dan meman­cing ini tak banyak beza. Kita perlu banyak buat kajian, ­misalnya kalau mahu meman­cing di kolam, kita perlu tahu pukul berapa ikan akan aktif.

“Contohnya macam ikan siakap, di mana dia akan berada antara waktu tengah malam sehingga subuh, atau awal pagi.

“Dia akan berada di bahagian dasar sahaja, ikan ikan yang baru lepas pula akan berada di bahagian tengah, jadi kita perlu bijak untuk memilih hendak gunakan kelengkapan yang bagaimana,” jelas Misbun.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’

Zarina jawab tuduhan Khazrul

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker