Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah direman, terbabit kartel monopoli kontrak
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah direman, terbabit kartel monopoli kontrak
Georgetown: Dua lelaki termasuk Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah ditahan reman selepas disyaki terbabit dalam kartel memonopoli kontrak kerja pembaikan dan penyelenggaraan tanda arah suar dan sistem pam air rumah api Jabatan Laut Wilayah Utara, tahun lalu.
Perintah reman selama empat hari sehingga 27 Februari ini dikeluarkan Majistret Hadi Hakimi Harun selepas membenarkan permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Mahkamah Sivil di sini, hari ini.
Sumber SPRM berkata, seorang daripada suspek yang berusia 58 tahun berkhidmat sebagai Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah di Ipoh, Perak manakala seorang lagi suspek berusia 47 tahun adalah kerani swasta.
Difahamkan suspek ditahan semalam di Pejabat SRPM selepas disyaki menjadi orang tengah antara pemilik syarikat dengan Jabatan Laut Wilayah Utara Pulau Pinang dengan nilai kontrak berjumlah RM693,940.
Permohonan reman dilakukan Pegawai Pendakwa SPRM, Amin Yaacub dengan suspek diwakili peguam daripada firma guaman Tun Ammar Aziz & Co akan direman di lokap SPRM Pulau Pinang untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Menurut sumber SPRM, seramai 15 individu ditahan semalam dengan 10 daripada mereka adalah pemilik syarikat manakala lima lagi adalah orang tengah.
Kesemua mereka dipanggil untuk memberi keterangan yang mana 13 daripada individu terbabit diberi jaminan SPRM.
Sebelum itu, seorang individu berpangkat bekas Timbalan Pengarah Jabatan Laut Wilayah Utara Pulau Pinang bersama seorang lagi pegawai jabatan terbabit disyaki menerima wang rasuah berjumlah RM70,000 daripada beberapa pihak kontraktor sebagai balasan untuk memberikan projek. HM
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah direman, terbabit kartel monopoli kontrak
Baca Artikel Menarik:
- Nazifuddin Najib tanding Ketua UMNO Bahagian Langkawi
- Kenapa polis, SPRM perlu mendapatkan kebenaran Ketua Hakim untuk menyiasat salah laku
- Noraini sedia dicabar Shahrizat
- Ustaz Azhar Idrus kini dilarang berkuliah di Selangor
- Johari tanding naib presiden Umno
- Netizen doa isteri Hafidz Roshdi kuat, beri tips
- Anwar kembali bentang belanjawan negara selepas 26 tahun
- Pelajar tikam guru hingga mati, dakwa dirasuk
- E-Filing Tahun Taksiran 2022 dibuka mulai 1 Mac 2023
- Curi kereta di UK, jumpa di Thailand
- Hafidz Roshdi, isteri sah bercerai talak satu
- Adam Radlan bakal berdepan tuduhan ke-5 berkait Jana Wibawa
- Penuntut IPT beli ganja dari Thailand
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)
Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’
You must be logged in to post a comment.