Pelakon gangster ‘Goodfellas’ meninggal dunia

Pelakon gangster ‘Goodfellas’ meninggal dunia

Aktor Amerika Syarikat (AS), Paul Sorvino, yang cukup dikenali melakonkan watak gangster dalam filem Goodfellas dan bapa kepada aktres Mira Sorvino disahkan meninggal dunia pada usia 83 tahun semalam menurut jurucakap keluarganya.

“Saya sangat kecewa. Cinta hati saya dan lelaki paling hebat dalam hidup saya sudah tiada. Saya sangat sedih,” menurut Dee Dee Sorvino isteri mendiang Sorvino menerusi catatan di Facebook.



Dilahirkan pada April 1939 di New York, Sorvino cukup dikenali dengan wataknya sebagai Paul Cicero dalam filem Goodfellas arahan Martin Scorsese dan disiarkan pada 1990. Filem berkenaan turut menampilkan lakonan hebat pelakon seperti Robert De Niro, Joe Pesci dan Ray Liotta.

Pada tahun berikutnya, bakat lakonan Sorvino turut menyerlah dalam siri televisyen Law and Order di mana dia tampil sebagai seorang anggota polis.

Pada 1995, dia membawa watak sebagai Henry Kissinger dalam filem arahan Oliver Stone iaitu Nixon.

“Bapa saya Paul Sorvino telah meninggal dunia,” kata anak perempuannya, Mira Sorvino di Twitter.



Bakat lakonan bapanya ternyata diwarisi Mira apabila pelakon wanita itu memenangi anugerah Oscar pada 1996 ketika menampilkan watak Woody Allen dalam Mighty Aphrodite. HM

Pelakon gangster ‘Goodfellas’ meninggal dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Situasi Seram Pekerja 7-Eleven Syif Malam (Video)

Wany Hasrita labuhkan tudung ikut syarat suami



Fazura tangkap suami dengan gadis lain? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker