Apa hukum lipat seluar dalam solat?
Seluar labuh, seluar dilipat, dua-dua pun makruh dalam solat
Apa hukum lipat seluar dalam solat?
Apa hukum melipat seluar semasa solat. Hal ini kerana, saya akan lipat seluar ketika solat untuk mengelak isbal. Jika hukumnya makruh, maka apakah nasihat dalam perkara ini.
JAWAPAN: Isbal bermaksud melabuhkan pakaian melebihi kadar yang disebut nas-nas syarak. Isu isbal disebut dalam beberapa hadis, antaranya hadis daripada Abu Dzar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Allah tidak akan melihat pada hari kiamat orang yang melabuhkan pakaiannya kerana sombong.”
Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa perbuatan melakukan isbal (melabuhkan) itu pada seluar, baju dan serban. Haram hukumnya melakukan isbal jika bertujuan meninggi diri (sombong). Adapun jika dilakukan bukan bertujuan berbangga diri, maka hukumnya makruh. Hukum ini adalah bagi lelaki, manakala bagi wanita, mereka boleh melakukan isbal.
Kadar labuh seluar atau seumpamanya yang terbaik adalah pada pertengahan betis. Rasulullah SAW bersabda: Pakaian orang Muslim adalah pada paras pertengahan betis. Tidak mengapa atau tidaklah berdosa jika dilabuhkan sekitar (kawasan) antara pertengahan betis hingga buku lali. Adapun jika dilabuhkan lebih rendah daripada buku lali, maka tempatnya di neraka. Sesiapa melabuhkan pakaiannya dengan kesombongan, Allah SWT tidak akan melihatnya (pada hari akhirat).
Terdapat beberapa perkara yang makruh dilakukan ketika solat, antaranya perbuatan menahan rambut atau pakaian ketika solat. Nabi SAW bersabda: “Aku diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota iaitu dahi, dan Baginda SAW mengisyaratkan dengan tangan pada hidungnya, kedua-dua belah tapak tangan, kedua-dua belah lutut serta hujung jari kedua-dua belah kaki, dan janganlah menahan pakaian dan rambut.”
Imam al-Nawawi berkata: “Ulama bersepakat berkaitan larangan ketika solat dalam keadaan lengan pakaiannya bergulung atau berlipat atau sepertinya. Kesemua perkara ini dilarang dengan kesepakatan para ulama dan ia termasuk di dalam makruh tanzih (tidaklah begitu berat).
Dalam keadaan sedemikian, maka dia telah mencacatkan solatnya walaupun solatnya sah.”
Kesimpulannya, isbal yang dilakukan bukan bertujuan meninggi diri dan perbuatan menahan rambut atau pakaian termasuk dalam perbuatan makruh dalam solat. Hukum ini disepakati ulama dalam isu berkaitan menahan rambut atau pakaian. Adapun isbal terdapat pandangan yang mengharamkannya secara mutlak, maksudnya tetap haram biarpun dilakukan bukan untuk meninggi diri.
Justeru, melipat pakaian ketika solat adalah lebih ringan hukum makruhnya berbanding melakukan isbal. Maka, jika terpaksa memilih antara dua perbuatan ini, adalah lebih elok jika melipat pakaian, namun tidak melakukan isbal. Pun begitu, yang terbaik ialah dengan mengelak melakukan kedua-dua perkara tersebut serta memilih pakaian yang tidak melebihi buku lali ketika solat.
Apa hukum lipat seluar dalam solat?
Baca Artikel Menarik:
- Nazifuddin Najib tanding Ketua UMNO Bahagian Langkawi
- Kenapa polis, SPRM perlu mendapatkan kebenaran Ketua Hakim untuk menyiasat salah laku
- Noraini sedia dicabar Shahrizat
- Ustaz Azhar Idrus kini dilarang berkuliah di Selangor
- Johari tanding naib presiden Umno
- Netizen doa isteri Hafidz Roshdi kuat, beri tips
- Anwar kembali bentang belanjawan negara selepas 26 tahun
- Pelajar tikam guru hingga mati, dakwa dirasuk
- E-Filing Tahun Taksiran 2022 dibuka mulai 1 Mac 2023
- Curi kereta di UK, jumpa di Thailand
- Hafidz Roshdi, isteri sah bercerai talak satu
- Adam Radlan bakal berdepan tuduhan ke-5 berkait Jana Wibawa
- Penuntut IPT beli ganja dari Thailand
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)
Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’