Anwar hantar surat tuntutan kedua kepada Awang
Anwar hantar surat tuntutan kedua kepada Awang
Anwar Ibrahim telah menghantar surat tuntutan kedua kepada Ahli Parlimen Pendang Awang Hashim berhubung kenyataannya yang didakwa mempersoalkan kesahihan pelantikannya sebagai perdana menteri.
Dalam notis tuntutan dikeluarkan awal hari ini, ahli parlimen Tambun itu mendakwa ahli parlimen PAS itu mengeluarkan kenyataan yang memfitnahnya, tiga hari lalu.
Peguam pengerusi PH itu, Sankara Nair mengesahkan notis tuntutan berkenaan.
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Awang enggan mengulas mengenai perkara itu.
Pada 22 Februari lalu, adalah dilaporkan Anwar menghantar surat tuntutan pertama kepada wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) itu atas dakwaan berbeza, iaitu menuduh perdana menteri berdendam lebih teruk daripada Dr Mahathir Mohamad.
Menurut notis tuntutan kedua, Anwar berkata Awang, antara lain membuat kenyataan yang mendakwa dirinya tidak mempunyai majoriti untuk dilantik sebagai perdana menteri oleh Yang di-Pertuan Agong serta memperdaya orang ramai serta Seri Paduka berhubung sokongan majoriti itu.
Menteri Kewangan itu berkata, kenyataan itu “menghina” institusi Raja-raja Melayu kerana didakwa mempersoalkan kebijaksanaan Seri Paduka melantiknya sebagai perdana menteri pada 24 Nov tahun lepas.
Berdasarkan notis tuntutan itu, pada 21 Februari, Awang didakwa mengungkapkan atau membuat kenyataan kepada pemberita di lobi di luar Dewan Rakyat mengenai perdana menteri dan ia diterbitkan semula dalam aplikasi Tiktok di bawah akaun ‘@asriasri64chanel’ pada 22 Februari, yang mendapat lebih 20,600 tontonan, 322 komen, 159 tanda suka, 19 tanda kegemaran dan 47 perkongsian, pada tarikh surat ini dikeluarkan dan masih boleh diakses sehingga kini.
Sankara berkata perkataan memfitnah itu juga dipetik dan diterbitkan menerusi artikel Malaysiakini bertajuk ‘MP PAS: Sikap pendendam Anwar lebih teruk daripada Mahathir’ pada 21 Februari.
“Anak guam kami menegaskan bahawa perkataan-perkataan memfitnah dalam video Tiktok itu dan artikel berkenaan adalah tidak benar, serta mempersoalkan kebijaksanaan dan kesahihan kuasa Yang di-Pertuan Agong sepertimana termaktub dalam perlembagaan.
“Anak guam kami dijemput secara rasmi untuk memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong dan dilantik serta mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia, dalam satu majlis rasmi selepas baginda secara rasminya membuat kesimpulan bahawa pada hemat baginda, anak guam kami berkemungkinan mendapat kepercayaan majoriti daripada ahli-ahli Parlimen,” kata peguam itu. mk
Anwar hantar surat tuntutan kedua kepada Awang
Baca Artikel Menarik:
- Nazifuddin Najib tanding Ketua UMNO Bahagian Langkawi
- Kenapa polis, SPRM perlu mendapatkan kebenaran Ketua Hakim untuk menyiasat salah laku
- Noraini sedia dicabar Shahrizat
- Ustaz Azhar Idrus kini dilarang berkuliah di Selangor
- Johari tanding naib presiden Umno
- Netizen doa isteri Hafidz Roshdi kuat, beri tips
- Anwar kembali bentang belanjawan negara selepas 26 tahun
- Pelajar tikam guru hingga mati, dakwa dirasuk
- E-Filing Tahun Taksiran 2022 dibuka mulai 1 Mac 2023
- Curi kereta di UK, jumpa di Thailand
- Hafidz Roshdi, isteri sah bercerai talak satu
- Adam Radlan bakal berdepan tuduhan ke-5 berkait Jana Wibawa
- Penuntut IPT beli ganja dari Thailand
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’