Anwar bentang belanjawan RM386.1 bilion
Anwar bentang belanjawan RM386.1 bilion
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2023 berjumlah RM386.14 bilion, dengan anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM288.8 bilion dan RM97.3 bilion untuk pembangunan.
Belanjawan yang disemak semula ini RM13.8 bilion lebih tinggi daripada bajet RM372.3 bilion yang dibentangkan pentadbiran Ismail Sabri Yaakob.
.Enam projek tebatan banjir akan ditender semula dengan segera selewat-lewatnya Jun ini. Antaranya Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Johor, Kota Tinggi, Johor; pembinaan kolam takungan dwifungsi bagi tebatan banjir dan sumber bekalan air mentah di Sungai Rasau dan Sungai Klang, Selangor; dan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok Fasa 3, Kelantan.
.Kerajaan bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan e-panggilan.
.RM176 juta untuk menaik taraf premis dan kemudahan perniagaan di bawah Mara, DBKL, PUNB dan UDA.
.Agensi kerajaan akan menyediakan kemudahan pinjaman RM40 bilion untuk usahawan PKMS.
.RM1.7 bilion kemudahan pinaman di bawah Bank Negara, BSN dan TEKUN.
.Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan akan menyediakan pinjaman RM20 bilion kepada PKS dalam sektor nilai tinggi.
.Kerajaan menyediakan RM50 juta bagi membina dan menaik taraf 3,000 gerai serta kiosk sebagai kemudahan penjaja kecil berniaga di lokasi tumpuan seluruh negara.
.Kerajaan bersetuju mulai tahun taksiran 2023, kadar cukai PMKS ke atas pendapatan bercukai bagi RM150,000 pertama dikurangkan daripada 17% kepada 15%. Pengurangan ini dapat memberi penjimatan sehingga RM3,000 bagi setiap 150,000 pembayar cukai PMKS.
.Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam akan melaksanakan semula program pengakuan secara sukarela. Melalui program ini, pengampunan ke atas penalti 100% akan diberikan bagi pengakuan sukarela mulai 1 Jun 2023 hingga 31 Dis 2024.
.Kerajaan bercadang melaksanakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan rokok elektronik dan vape. Separuh daripada hasil duti eksais ini akan diperuntukkan semula kepada Kementerian Kesihatan sebagai usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan.
.Kerajaan sasar mengutip RM291.5 bilion dalam hasil, kurang daripada RM294.4 bilion pada 2022.
.Kerajaan akan bentang Akta Tanggungjawab Fiskal di Parlimen tahun ini bagi memastikan pengurusan ekonomi lebih baik pada masa depan.
.Kerajaan sasar mengurangkan desiti fiskal kepada 5% tahun ini berbanding 5.6% pada 2022.
.Agihan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang lebih kepada rakyat memerlukan.
.Kerajaan akan mengekalkan subsidi elektrik bagi semua pengguna domestik dan PKS.
.Kerajaan akan memperkenalkan semula cukai barangan mewah tahun ini.
.Kerajaan akan mengkaji pelaksanaan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat pada 2024.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Anwar bentang belanjawan RM386.1 bilion
Baca Artikel Menarik:
- Nazifuddin Najib tanding Ketua UMNO Bahagian Langkawi
- Kenapa polis, SPRM perlu mendapatkan kebenaran Ketua Hakim untuk menyiasat salah laku
- Noraini sedia dicabar Shahrizat
- Ustaz Azhar Idrus kini dilarang berkuliah di Selangor
- Johari tanding naib presiden Umno
- Netizen doa isteri Hafidz Roshdi kuat, beri tips
- Anwar kembali bentang belanjawan negara selepas 26 tahun
- Pelajar tikam guru hingga mati, dakwa dirasuk
- E-Filing Tahun Taksiran 2022 dibuka mulai 1 Mac 2023
- Curi kereta di UK, jumpa di Thailand
- Hafidz Roshdi, isteri sah bercerai talak satu
- Adam Radlan bakal berdepan tuduhan ke-5 berkait Jana Wibawa
- Penuntut IPT beli ganja dari Thailand
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)
Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’
You must be logged in to post a comment.