2 mesin ATM diletupkan, RM349,000 dilarikan

2 mesin ATM diletupkan, RM349,000 dilarikan

SHAH ALAM: Tiga suspek bertopeng dipercayai meletupkan dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Setia Alam di sini pagi semalam dan melarikan wang tunai RM349,000.

Ketiga-tiga suspek lelaki terbabit dipercayai memasuki ruang mesin ATM itu kira-kira jam 6.30 pagi dan mengambil masa kira-kira lima minit untuk meletupkan dua mesin berkenaan.



Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu jam 6.48 pagi.

Polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati dua buah mesin ATM dalam keadaan rosak teruk dipercayai diletupkan.

“Siasatan awal di lokasi mendapati, sebuah ATM berjaya dibuka manakala sebuah lagi tidak berjaya dibuka. Siasatan setakat ini juga mendapati, tiga suspek dilihat memasuki premis ATM bank itu. Suspek menaiki sebuah kenderaan berwarna putih disyaki jenis Mitsubishi ASX.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kabur dan tidak jelas kerana suspek menyembur CCTV dengan cat hitam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Mohd Iqbal berkata, pihak forensik, Unit Pemusnah Bom (UPB) turut ke tempat kejadian memastikan keadaan selamat serta membantu siasatan.

“Siasatan pihak forensik mendapati letupan dipercayai dihasilkan dengan cara tekanan gas. Tiada kesan kebakaran di tempat kejadian dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Suspek dipercayai melarikan wang bersama bekas wang dalam ATM berkenaan.

“Anggaran keseluruhan kerugian adalah RM409,000 membabitkan wang tunai RM349,000 manakala kerugian mesin ATM setiap satu RM30,000,” katanya sambil menambah gerakan mengesan suspek sedang diperhebatkan.



“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 436/379 Kanun Keseksaan. Sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh disalurkan kepada pegawai Penyiasat kes ASP Mohammad Khairi di talian 012-2666025,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial satu video berdurasi 8 saat memaparkan keadaan mesin ATM berkenaan dalam keadaan rosak teruk. BH

2 mesin ATM diletupkan, RM349,000 dilarikan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Nom raih RM360,000 sebulan?

Roti Canai nombor 2 di dunia ‘Best Street Foods’



Wasiat secara lisan wajib ditunaikan mengikut permintaan arwah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker