BN guna lambang sendiri pada PRN – Zahid
BN guna lambang sendiri pada PRN – Zahid
Barisan Nasional (BN) kekal menggunakan lambang sendiri dalam enam pilihan raya negeri (PRN), walaupun bekerjasama dengan parti dalam kerajaan perpaduan, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Pengerusi BN itu berkata, soal pembahagian kerusi juga mula dibincangkan dengan parti dalam kerajaan perpaduan, tetapi belum dimuktamadkan.
Katanya, soal pembahagian kerusi itu akan dibincangkan menerusi mesyuarat sekretariat parti dalam kerajaan perpaduan.
“Kita akan jalin kerjasama antara parti-parti politik (yang) ada (dalam kerajaan perpaduan).
“Namun, calon-calon BN akan kekal gunakan lambang BN dalam PRN di enam negeri ini,” katanya selepas lawatan kerja ke Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).
Enam negeri yang perlu mengadakan PRN tahun ini adalah Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Selangor.
Semalam, enam negeri sepakat mempertimbangkan pembubaran DUN pada hujung Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN.
Perkara itu dicapai selepas perbincangan antara enam ketua menteri dan menteri besar, iaitu Aminuddin Harun (Negeri Sembilan), Chow Kon Yeow (Pulau Pinang), Ahmad Yaakob (Kelantan), Amirudin Shari (Selangor), Sanusi Md Nor (Kedah) dan Ahmad Samsuri Mokhtar (Terengganu). FMT
BN guna lambang sendiri pada PRN – Zahid
Baca Artikel Menarik:
- Nasib Muhyiddin akan ditentukan Jabatan Peguam Negara
- Pelajar Tingkatan 1 Dah Pandai ‘Sexting’
- Tolong jangan kecam cucu saya
- Hishammuddin tak akan rayu, beri 4 sebab
- Pengguna TikTok tuduh SPRM tawar RM10 juta ditahan
- Kejutan manis buat Abah, Ma
- Awang Hitam dan Jelutung raja buaya Kuala Linggi
- Saya tiada kuasa, terpulang kepada SPRM – Tok Mat
- 31 Tahun Sudirman Tinggalkan Kita, Tetap Dalam Kenangan
- Bawa pedang kayu pun tak boleh – Hadi
- Falcao bakal sertai JDT?
- Kereta rempuh penghadang jalan, pegawai polis putus kepala
- Penduduk India, Pakistan, Peru, China berdepan banjir besar akibat pencairan glasier
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wasiat secara lisan wajib ditunaikan mengikut permintaan arwah
You must be logged in to post a comment.