Belanjawan 2023: Sudah dua Perdana Menteri luluskan, jangan bina Hospital Maran
MARAN – Kemudahan hospital ditagih kira-kira 140,000 penduduk di daerah ini selepas projek bernilai RM350 juta tersebut masih tidak dilaksanakan selepas menunggu sekian lama.
Ia berikutan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang menegaskan bahawa Belanjawan 2023 diteliti semula dan tidak terikat dengan belanjawan yang lalu.
Projek tersebut telah diluluskan dalam Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.
Sebelum itu, projek tersebut sudah diluluskan pada era bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi berdepan penangguhan ekoran pergolakan politik negara sejak 2018.
Seorang peniaga, Azizi Mohamed Soffie, 49, memberitahu, dia amat berharap projek tersebut segera direalisasikan kerana sudah sekian lama ditangguhkan.
“Jangan mainkan hati rakyat lagi, sudah beberapa kali majlis pecah tanah tapi tak buat lagi.
“Jadi saya berharap kerajaan Persekutuan mempertimbangkan projek ini demi kepentingan rakyat,” kata dia lagi.
Bagi Mimy Syam Sumgit, 46, walaupun ada beberapa hospital seperti di Jengka dan Temerloh, ia tetap menyukarkan penduduk kerana jaraknya yang jauh.
“Sudah beberapa kali tukar tapak tapi hospitalnya masih belum ada hingga kini.
“Jadi saya berharap sangat projek ini mendapat perhatian serius dan disenaraikan dalam belanjawan kali ini,” tambah penyelia pusat aktiviti warga emas di sini.
Seorang pengusaha pelancongan, Juhari Che Lah, 49, pula merayu supaya projek berkenaan diteruskan kerana ia telah diluluskan sebelum ini
“Ia bukan lagi isu pemimpin atau parti mana yang bawa projek ini…ia adalah untuk keperluan rakyat yang memerlukan khidmat kesihatan,” tambah Juhari.
Lokasi terbaharu tapak pembinaan Hospital Maran di Kampung Batu 55, Jalan Kuala Sentul-Maran di sini.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Nasib Muhyiddin akan ditentukan Jabatan Peguam Negara
- Pelajar Tingkatan 1 Dah Pandai ‘Sexting’
- Tolong jangan kecam cucu saya
- Hishammuddin tak akan rayu, beri 4 sebab
- Pengguna TikTok tuduh SPRM tawar RM10 juta ditahan
- Kejutan manis buat Abah, Ma
- Awang Hitam dan Jelutung raja buaya Kuala Linggi
- Saya tiada kuasa, terpulang kepada SPRM – Tok Mat
- 31 Tahun Sudirman Tinggalkan Kita, Tetap Dalam Kenangan
- Bawa pedang kayu pun tak boleh – Hadi
- Falcao bakal sertai JDT?
- Kereta rempuh penghadang jalan, pegawai polis putus kepala
- Penduduk India, Pakistan, Peru, China berdepan banjir besar akibat pencairan glasier
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wasiat secara lisan wajib ditunaikan mengikut permintaan arwah
You must be logged in to post a comment.