Apa peranan ahli perniagaan Cina dalam Jana Wibawa?
Apa peranan ahli perniagaan Cina dalam Jana Wibawa
Pendakwaan terhadap seorang ahli perniagaan Cina berkaitan program Jana Wibawa mencetuskan persoalan mengenai pelaksanaan inisiatif untuk syarikat Bumiputera itu.
Semalam, Teo Wee Cheng, 65, seorang pengarah di SSH Furniture Sdn Bhd yang berpangkalan di Pagoh, Johor didakwa atas tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM12.8 juta, untuk membantu dua syarikat mendapatkan kontrak bawah program Jana Wibawa.
Dua syarikat itu adalah Muar Usaha Bakti Sdn Bhd dan TS Dynamic Construction Sdn Bhd.
Beberapa pengguna media sosial tertanya kenapa syarikat-syarikat Bumiputera yang akhirnya meraih manfaat daripada program Jana Wibawa perlukan pertolongan Teo untuk mendapatkan kontrak.
Ada juga tertanya kenapa pihak ketiga diperlukan untuk membantu syarikat Bumiputera mendapatkan kontrak.
Turut jadi persoalan apakah peranan Teo dalam kerajaan ketika itu dan program Jana Wibawa, yang diperkenalkan pada November 2020 ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin.
“Apa jawatan dia dalam kerajaan Perikatan Nasional? Sampai boleh tentukan projek bernilai RM ratusan juta daripada program Jana Wibawa,” tanya seorang pengguna Facebook, Desa HM.
Sama ada kebetulan syarikat Teo berpangkalan di Pagoh turut menjadi tanda tanya.
Jawa Wibawa, yang merupakan inisiatif perangsang Covid-19 untuk membantu kontraktor Bumiputera, menjadi perhatian susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Selain Teo, bekas ketua penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, dan Timbalan Ketua Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhamad, dituduh meminta dan menerima rasuah berkaitan program Jana Wibawa.
Mereka bergaku tidak bersalah.
Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata beberapa lagi kertas siasatan berhubung Jana Wibawa akan dibuka, dan kemungkinan tiga atau empat lagi individu akan ditahan.
Katanya, SPRM masih sedang menyiasat Muhyiddin berhubung program Jana Wibawa, selepas Ahli Parlimen Pagoh itu berkata beliau bukan suspek dalam siasatan SPRM ke atas Jana Wibawa. FMT
Apa peranan ahli perniagaan Cina dalam Jana Wibawa
Baca Artikel Menarik:
- Nasib Muhyiddin akan ditentukan Jabatan Peguam Negara
- Pelajar Tingkatan 1 Dah Pandai ‘Sexting’
- Tolong jangan kecam cucu saya
- Hishammuddin tak akan rayu, beri 4 sebab
- Pengguna TikTok tuduh SPRM tawar RM10 juta ditahan
- Kejutan manis buat Abah, Ma
- Awang Hitam dan Jelutung raja buaya Kuala Linggi
- Saya tiada kuasa, terpulang kepada SPRM – Tok Mat
- 31 Tahun Sudirman Tinggalkan Kita, Tetap Dalam Kenangan
- Bawa pedang kayu pun tak boleh – Hadi
- Falcao bakal sertai JDT?
- Kereta rempuh penghadang jalan, pegawai polis putus kepala
- Penduduk India, Pakistan, Peru, China berdepan banjir besar akibat pencairan glasier
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wasiat secara lisan wajib ditunaikan mengikut permintaan arwah