Berkahwin bantu turunkan kadar gula dalam darah – Kajian

LONDON – Berkahwin boleh membantu golongan pertengahan umur dan lebih berusia mengawal kadar gula dalam darah mereka dengan lebih baik, demikian menurut satu kajian terbaharu seperti dilaporkan agensi berita United Press International, semalam.

Mereka yang tinggal bersama pasangan masing-masing didapati lebih mampu mengekalkan paras gula lebih rendah berbanding  golongan bujang, kata penemuan kajian tersebut.

Bagi menjayakan kajian tersebut, sekumpulan penyelidik menilai data daripada lebih 3,300 orang berumur 50 hingga 89 tahun yang tinggal di England antara 2004 hingga 2013.



Para peserta dalam kajian itu tidak menghidap diabetes tetapi mereka mempunyai sampel darah bagi mengetahui purata paras gula darah dan ditanya sama ada sudah berkahwin atau tinggal bersama seseorang.

Mereka turut menjawab soalan-soalan untuk mengukur sejauh mana tahap pergaulan dalam hubungan masing-masing.

Hasilnya mendapati, mereka yang sudah berkahwin atau tinggal bersama pasangan cenderung mengalami penurunan paras gula darah sebanyak 0.21 peratus berbanding golongan bujang, demikian menurut keputusan kejadian tersebut.

Bagaimanapun, jika pasangan-pasangan itu berpisah, paras gula dalam darah mereka meningkat, kata kajian tersebut.



Kajian diterbitkan dalam jurnal BMJ Open Diabetes Research & Care itu diketuai oleh Dr. Katherine Ford dari Universiti Cerleton dan Annie Robitaille yang bertugas di Universiti Ottawa,  Kanada.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lompat Apek Lompat, Anwar buat apa tu (Video)

Luahan hati Mawar Karim



Suki Low menangis kerana Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker