Jangan nanti jadi seperti ‘Janji Joni’

Jangan nanti jadi seperti ‘Janji Joni’

HARI ini, genap sebulan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan lawatan rasmi ke Indonesia termasuk mengadakan pertemuan dengan Presiden republik itu, Joko Widodo.

Lawatan rasmi dua hari atas undangan Joko Widodo atau Jokowi itu merupakan lawatan rasmi pertama Perdana Menteri ke luar negara sejak menyandang jawatan itu pada 24 November tahun lalu.



Sosok Anwar sememangnya dikenali rakyat dan dihormati tokoh masyarakat di Indonesia.

Justeru, apabila Perdana Menteri sendiri menyatakan bahawa Indonesia itu ibarat sahabat sejati, ramai yang melihat bait-bait ayat itu adalah tulus ikhlas daripada hati Anwar.

“Ini bukan hubungan diplomatik biasa, saya agak sentimental sedikit dan Presiden (Jokowi) tahu Indonesia ini ada tempat yang khusus dalam hati sanubari saya,” kata Perdana Menteri sewaktu pertemuan dengan Presiden Indonesia itu.

Maka, tidak hairanlah apabila ramai tokoh dan rakyat Indonesia memberi pandangan positif terhadap Perdana Menteri.



Malah, kehadiran ramai pemimpin termasuk pimpinan politik dan masyarakat untuk mendengar syarahan umum Anwar memberi maksud jelas bahawa Perdana Menteri amat dihormati di negara itu.

Syarahan umum bertajuk ‘Hubungan Strategik Malaysia Indonesia: Cabaran dan Harapan’ di Forum Kepimpinan CTCORP anjuran pengasas dan pengerusinya, Chairul Tanjung memberi harapan bahawa hubungan kedua-dua negara mampu ke tahap lebih baik lagi.

Jaminan itu turut disuarakan sendiri Anwar yang menyatakan mahu hubungan dua hala negara serumpun ini ditingkatkan ke arah yang belum pernah dicatatkan.

Semasa pertemuan dengan Jokowi di Istana Kepresidenan Bogor, pelbagai isu berbangkit telah dibincangkan antara pemimpin kedua-dua negara termasuk masalah melibatkan tenaga kerja Indonesia (TKI).



Beliau juga sedar bahawa hati kebanyakan rakyat Indonesia terguris dengan laporan kes penderaan dan sebagainya membabitkan TKI di sini.

Anwar turut berjanji untuk menyelesaikan perkara itu sebaik kehadiran Jokowi ke Malaysia menjelang Jun atau Julai depan.

Tidak mengejutkan apabila kebanyakan dada-dada akhbar di Indonesia menyiarkan janji tersebut kerana ‘aura’ Anwar disifatkan berbeza dengan pemimpin terdahulu.

Harapan tinggi diletakkan kepada Perdana Menteri untuk menyelesaikan masalah yang telah berlarutan sejak sekian lama.



Bagaimanapun, tidak kurang juga ada yang berasa skeptikal dengan janji tersebut.

Ini kerana, masalah yang telah mengakar lama dalam sistem kedua-dua negara itu pasti sukar untuk dicerakinkan.

Cuma, rakyat kedua-dua negara sudah pasti tidak mahu janji itu sekadar menjadi umpama ‘Janji Joni’ semata-mata.

‘Janji Joni’ iaitu sebuah filem lakonan bintang terkenal Indonesia, Nicholas Saputra sering menjadi frasa simpulan masyarakat Indonesia apabila memperkatakan tentang ‘janji kedai kopi’.



Filem tersebut mengisahkan seorang penghantar gulungan filem, Joni yang berkenalan dengan seorang gadis jelita.

Gadis berkenaan tidak mahu menyebutkan nama kecuali Joni berjanji menghantarkan gulungan filem itu tepat pada waktunya.

Disebabkan itu adalah pekerjaannya, Joni menganggap perkara tersebut mudah dilakukan tetapi ternyata apa yang dialami sepanjang perjalanan berbeza daripada kebiasaan.

Pastinya Perdana Menteri ada resepi untuk menyelesaikan segala permasalahan kerana bukan sahaja imej negara tetapi kredibilitinya di mata rakyat Indonesia menjadi taruhan.



Apa yang penting, kaedah menang-menang perlu dipersetujui kedua-dua negara. Kita tidak mahu ‘menang sorak, kampung tergadai’.

‘Menjaga hati’ sahabat serumpun itu penting tetapi keselamatan ‘orang kita’ dan kedaulatan negara perlu dijadikan keutamaan.

Asalkan jangan jadi seperti ‘Janji Joni’. Utv

Jangan nanti jadi seperti ‘Janji Joni’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lompat Apek Lompat, Anwar buat apa tu (Video)

Luahan hati Mawar Karim

Suki Low menangis kerana Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker