Tanpa kami tak jadi kerajaan seperti hari ini – Muda

Tanpa kami tak jadi kerajaan seperti hari ini – Muda

Walaupun tidak menandatangani perjanjian kerajaan perpaduan pada Januari lalu, Muda mengharapkan komunikasi yang lebih baik daripada kerajaan apabila ia mengadakan mesyuarat rasmi.

Setiausaha Agung Muda, Amir Hariri Abd Hadi menegaskan Muda adalah antara pengasas dalam membentuk dan menyokong “kerajaan perpaduan” sekarang.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berkata mesyuarat sekretariat pertama kerajaan yang dipengerusikannya di ibu pejabat Umno pada Selasa lalu hanya melibatkan parti yang mengasaskan kerajaan perpaduan.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini juga menjelaskan Muda tidak dijemput ke mesyuarat itu kerana ia hanya melibatkan parti-parti yang memeterai perjanjian pakatan Kerajaan Perpaduan.

“Saya tidak faham apa yang dimaksudkan dengan pengasas parti.

“Walaupun kami tidak tandatangani (perjanjian kerajaan perpaduan), kami adalah sebahagian daripada pengasas kerajaan ini, bukan?

“Tanpa kami, kerajaan tidak akan jadi seperti hari ini,” kata Amir ketika dihubungi Malaysiakini.

Dia juga menekankan pentingnya komunikasi yang lebih baik dalam kalangan parti yang membentuk kerajaan, tanpa mengira saiz parti.

“Sama ada parti itu hanya mempunyai satu, tiga atau empat kerusi, kita semua membentuk kerajaan.

“Apa salahnya memaklumkan kami tentang sebarang mesyuarat atau keputusan yang dibuat?

“Ia sungguh mudah! Mereka hanya boleh maklumkan kami secara tidak rasmi melalui mesej teks. Mari kita bekerjasama,” katanya sambil menambah semua pihak mempunyai peranan untuk dimainkan dan perlu menjawab kepada ahli dan penyokong mereka.

Semalam, Amir menerusi Twitter meluahkan kekecewaannya selepas Muda diketepikan dalam mesyuarat pertama sekretariat kerajaan perpaduan.

Dia berkata Muda tidak menerima jemputan untuk menghadiri mesyuarat itu dan parti itu tidak dimaklumkan mengenainya.

Selepas mesyuarat itu, Anwar mengumumkan semua parti dalam kerajaan menyatakan komitmen untuk bekerjasama dalam enam pilihan raya negeri akan datang.

Pemimpin parti lain dalam kerajaan pusat termasuk BN, Pakatan Harapan, GPS, GRS, dan Warisan turut hadir.

Difahamkan selain Muda, Parti Keharmonian Sosial Demokratik (KDM) yang berpangkalan di Sabah juga tidak diwakili pada mesyuarat itu.

Pada PRU November lalu, Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merupakan calon tunggal parti itu yang memenangi kerusi selepas berjaya mempertahankan kawasan Parlimen Muar. Mk

Tanpa kami tak jadi kerajaan seperti hari ini – Muda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lompat Apek Lompat, Anwar buat apa tu (Video)

Luahan hati Mawar Karim

Suki Low menangis kerana Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker