TH tawar hadiah bernilai RM500,000 untuk dimenangi

TH tawar hadiah bernilai RM500,000 untuk dimenangi

Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan hadiah wang tunai dan 25 pakej umrah yang bernilai RM500,000 menerusi Kempen Cabutan ‘Setia dan Menang’ dan ‘Simpan, Daftar serta Menang Kelab TaHa’ yang bermula pada 1 Februari 2023 hingga 31 Januari 2024.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, aktiviti seumpama ini diadakan bagi memupuk dan membudayakan tabiat menabung serta membuat perancangan kewangan bagi tujuan menunaikan ibadat haji.

Selain itu juga, ia adalah sebagai salah satu cara TH menghargai kesetiaan pendepositnya yang telah lama menyimpan di TH.

Pendeposit TH yang berumur 18 tahun dan ke atas berpeluang menyertai cabutan Setia dan Menang apabila mempunyai baki akaun sekurang-kurangnya RM10,000 dan mengekalkan simpanan mereka sepanjang tempoh kempen serta membuat pendaftaran haji bagi yang belum mendaftar haji.

Menurutnya, pendeposit yang telah menunaikan haji juga layak menyertainya.

Manakala Simpan, Daftar dan Menang Kelab TaHa adalah terbuka kepada semua pendeposit muda berumur di bawah 18 tahun. Pendeposit hanya perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM5,000.00 dan mengekalkan simpanan bersih minima RM5,000.00 dalam akaun TH serta membuat pendaftaran haji bagi yang masih belum mendaftar haji.

Menerusi cabutan Setia dan Menang hadiah berupa wang tunai dan pakej umrah bernilai RM400,000 ditawarkan dan wang tunai bernilai RM100,000 pula kepada pendeposit TH yang menyertai cabutan Simpan Daftar dan Menang Kelab TaHa.

”Kedua dua kempen ini merupakan inisatif TH sebagai galakan kepada umat Islam di Malaysia membuka akaun, menabung dan menambah simpanan untuk keperluan urusan Haji dan kegunaan di masa hadapan”, kata beliau lagi. MG

TH tawar hadiah bernilai RM500,000 untuk dimenangi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Februari 2023 paling unik, berlaku 823 tahun sekali

Zalim kalau tak hargainya – Shuib

Aliff akhirnya mengesahkan kontroversinya bersama Sophia Albarakbah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker