Lim dakwa Kelantan dalam zaman gelap dan pemimpin Pas memusuhi Barat.

Mungkin Lim Guan Eng lupa yang sekarang ini Malaysia yang berada di zaman kegelapan. Nilai ringgit jatuh teruk, Bursa jatuh teruk, peluang pekerjaan terhad dan macam-macam masalah lagi.

Guan Eng juga menuduh pemimpin Pas memusuhi Barat dan lupa Perdana Menteri (bosnya) yang galak serang pemimpin Barat bukan pemimpin Pas pun.

Berikut adalah artikel yang dipetik dari FMT.

Negara hadapi ‘zaman gelap’ seperti Kelantan jika PAS berkuasa, kata Guan Eng



Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengingatkan bahawa Malaysia akan ditarik ke zaman gelap di bawah sebuah “kerajaan yang didominasi oleh orang Islam” yang memusuhi minoriti bukan Islam sekiranya kerjasama politik Pakatan Nasional yang digembar-gemburkan menjadi kenyataan.

“Pakatan Nasional merupakan ancaman yang jelas dan nyata terhadap cara hidup Malaysia berikutan pengumuman pemimpin PAS bahawa mereka tidak mahukan menteri Kabinet bukan Islam, terutama untuk jawatan penting seperti menteri kewangan, walaupun tidak wujud halangan sedemikian dalam perlembagaan persekutuan,” kata menteri kewangan itu dalam satu kenyataan.

Ini berikutan spekulasi bahawa PAS dan Umno, iaitu 2 parti Melayu terbesar yang kini merupakan pembangkang , mungkin bekerjasama dengan PPBM bagi membentuk satu pakatan politik baru.

Dalam kenyataannya, Lim membidas pemimpin PAS, selain mengecam keputusan kontrovesi kerajaan Kelantan membeli kereta Mercedes Benz untuk anggota exconya.



Beliau mendakwa, pemimpin PAS “sangat memusuhi Barat dan teknologi moden”.

Katanya, kerajaan Pakatan Nasional “akan membawa zaman gelap seperti di Kelantan kepada Malaysia, di mana satu-satunya perkara moden yang ada ialah kereta mewah Mercedes Benz dan pemimpin mendapat bonus RM50,000, yang lebih penting daripada kemampuan membayar gaji kakitangan awam mereka sendiri”.

Bulan lepas, FMT melaporkan bahawa pertemuan tertutup antara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dengan presiden PAS Abdul Hadi Awang mungkin membuka jalan kepada PAS kepada kuasa pusat, iaitu langkah yang akan meminggirkan DAP dan presiden PKR Anwar Ibrahim.

Jajaran baru itu akan menyatukan penyokong Mahathir dengan pengaruh PAS di negeri majoriti Melayu di bahagian utara dan pantai timur semenanjung.



Awal minggu ini, ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam membangkitkan tentang kemungkinan berlakunya kerjasama baru politik itu selepas mendakwa presiden Umno, Ahmad zahid Hamidi menyokong rancangan tersebut sebagai satu cara untuk mengelakkan pertuduhan rasuah yang dihadapinya.

Hadi berkata, PAS bersikap terbuka terhadap kerjasama itu kerana ia boleh menjamin dominasi orang Islam dalam kerajaan.

Lim hari ini menuduh parti pembangkang mengamalkan “politik berbahaya, memecah belah dan destruktif” dengan berkata, mereka malah menyokong cadangan memotong peruntukan kepada sekolah vernacular dan kempen memboikot perniagaan bukan Islam.

Beliau berkata, hanya Pakatan Harapan (PH) mewakili semua rakyat Malaysia.



“PH mahu berkongsi kemakmuran yang inklusif, bukan eksklusif kepada hanya satu-satu kumpulan.

“Masanya telah tiba, bukan sahaja bagi orang bukan Melayu dan bukan Islam, tetapi semua rakyat Malaysia untuk menyokong kesederhanaan berdasarkan demokrasi, kedaulatan undang-undang, pencapaian dan integriti yang menghormati dan melindungi rakyat tanpa mengira kaum, agama, geografi dan demografi,” katanya. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker