Nabila Razali wanita sempurna – Nik Iruwan

Nabila Razali wanita sempurna – Nik Iruwan

Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan penyanyi Nabila Razali, 31, sama ada mengesahkan atau menafikan berita pertunangan dengan ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, 38, yang bertebaran hinggalah lenyap begitu sahaja pada Ogos lalu.

Bagaimanapun, beberapa hari sebelum ulang tahun Nabila pada 13 November lalu, timbul desas-desas mendakwa penyanyi Pematah Hati itu akan menamatkan zaman solo dengan Nik Iruwan pada tarikh berkenaan.

Sekali lagi, Nabila terus mengunci mulut dan tidak menjawab pertanyaan berhubung kesahihan berita.

Sebaliknya, segala persoalan bermain di fikiran dileraikan menerusi perkongsian foto Nik Iruwan sedang melamarnya berserta keterangan gambar mengatakan bersetuju menjadi teman hidup bekas pelumba kereta litar Formula itu dalam Instagram (IG).

Berbanding selebriti lain bersikap terbuka ketika menjelang hari bahagia, Nabila lebih mengunci rapat mulut dan terus berahsia.

Mengulas tindakannya menyembunyikan kisah cinta, Nabila atau lebih akrab disapa Bella menjelaskan keputusan dibuat kerana tidak mahu berkongsi perkara yang masih samar-samar.

“Kata orang, seeloknya dirahsiakan dahulu jika bertunang. Jadi, saya kongsi berita selepas nikah.

“Saya percaya itulah yang sebaiknya sebab dalam perkenalan, hanya kami dan tidak perlu pembabitan orang lain.

“Sebagai ‘public figure’, sudah tentu ramai yang nak tahu gerak geri dan kehidupan seharian saya.

“Ramai bertanyakan kisah peribadi saya, tapi waktu itu belum masanya saya berkongsi perkara ini kepada orang ramai,” katanya kepada HIP.

Nabila berkata, ia adalah tarikh dipilih untuk beritahu peminat yang ingin tahu mengenai hubungannya dan Nik Iruwan pada hari berkongsi hantaran mengenai lamaran.

“Saya juga tak mahu ia terus menjadi tanda tanya hingga timbulkan fitnah. Adalah lebih baik berita ini datang dari mulut tuan badan sendiri.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan saya nampak sokongan positif,” katanya.

Mengenai dakwaan perkenalan dalam tempoh singkat sebelum memutuskan mendirikan rumah tangga, pelakon drama rantaian Luruhnya Bunga Cinta itu bagaimanapun tidak mendedahkan jangka masa perkenalan.

Sebaliknya, Nabila berpendapat tempoh perkenalan bukanlah sesuatu yang penting untuk dibangkitkan kerana lebih mengutamakan momen yang dicipta sepanjang perhubungan.

“Bagi saya, apa lebih yang berharga adalah momen bersama. Sepanjang perkenalan, tidaklah sempurna segala-galanya.

“Sudah pasti ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Jadi, saya percaya kelebihan dan kekurangan melengkapi hubungan kami.

“Jadi, saya harap yang baik-baik sahaja, insya-Allah,” ungkapnya ketika ditemui pada majlis resepsi bertemakan Batik Jawa yang diadakan di sebuah hotel mewah di Damansara, Petaling Jaya, kelmarin.

Bagi Nabila, kehadiran suaminya itu melengkapkan lagi perjalanan hidupnya.

“Nik Iruwan sangat matang. Ketika perkenalan, suami melengkapi kekurangan saya. Selebihnya hanya saya dan Tuhan sahaja tahu.

“Hanya suami sahaja lelaki yang pernah hadir dalam hidup saya. Saya harap hubungan ini akan kekal hingga ke syurga jannah,” luahnya yang kelihatan anggun mengenakan persalinan Jawa sedondon dengan suami tercinta.

Sementara itu, mengulas keistimewaan Nabila yang membuatkan terpikat, Nik Iruwan menyifatkan isterinya seorang wanita sempurna.

“Dia seorang wanita hebat, sangat baik dan saya cuba untuk mencari cacat celanya, tapi tak jumpa. Jujurnya, kami baru kenal tahun ini, tapi segala-galanya berjalan lancar.

“Hasrat mengahwini juga adalah satu keputusan besar. Bukan sahaja untuk saya, tapi juga Bella. Dia langsung membuatkan saya rasa berbelah-bahagi untuk mengahwininya.

“Bella seorang yang teratur, bekerja keras dan ia antara hari paling membahagiakan dalam hidup selepas seminggu hidup bersama,” ungkapnya.

Pada majlis itu, Nabila turut mencuri perhatian 250 tetamu yang memeriahkan majlis apabila muncul di dewan menaiki tandu, sambil diiringi muzik gamelan bersesuaian dengan konsep dipilih.

Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan oleh Hael Husaini, Aisha Retno dan Amira Othman. Lebih bermakna apabila pengantin perempuan turut mendendangkan single baharu, Hanya Kamu yang menceritakan semula detik manis perkenalan dengan ahli perniagaan itu.

Terdahulu, Nabila sah bergelar isteri kepada Nik Iruwan dengan sekali lafaz dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung pada 18 November lalu.

Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali dinikahkan oleh Jurunikah, Ustaz Fawwaz Zarin Che Lah dalam satu majlis tertutup di sebuah resort di Bukit Tinggi, Pahang.

Pada majlis pernikahan, Nabila menerima mas kahwin bernilai RM22.50, manakala wang hantaran dirahsiakan. Pasangan mempelai menyerahkan soal zuriat kepada rezeki. BH

Nabila Razali wanita sempurna – Nik Iruwan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker