Fahmi pertahan pelantikan Nurul Izzah

Fahmi pertahan pelantikan Nurul Izzah

Pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Perdana Menteri bukanlah perkara baru, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Katanya, kerajaan juga telah melantik beberapa individu sebagai penasihat, termasuk bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Petronas Mohd Hassan Marican.



“Istilah penasihat itu jelas kerana mereka tidak akan menyentuh mengenai dasar, tiada punca kuasa termasuk memanggil mesyuarat serta tidak dibayar gaji,” dia dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

Fahmi yang juga jurucakap kerajaan berkata demikian kepada media selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di Putrajaya hari ini.

Mohd Hassan ialah ketua penasihat ekonomi di Kementerian Kewangan yang diketuai sendiri oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Kelmarin media melaporkan Nurul Izzah yang juga bekas anggota parlimen Permatang Pauh dilantik sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan kepada bapanya.



Perlantikan bagi jawatan berkenaan berkuat kuasa pada 3 Jan lalu.

Tindakan itu dikritik pembangkang dan aktivis atas dakwaan nepotisme. Dia juga dipertikai kerana tidak mempunyai kepakaran khusus dalam bidang ekonomi dan kewangan.

Anwar sebelum ini mempertahankan kelayakan anak sulungnya itu.

Anwar berkata, selain memegang ijazah sarjana muda kejuruteraan, Nurul Izzah juga memiliki ijazah sarjana dasar awam dari Johns Hopkins School of Advanced International Studies.



Setiausaha politik Nurul Izzah, Amir H Ghazali pula berkata tidak timbul dakwaan kronisme ataupun nepotisme kerana lantikan itu dibuat “demi kepentingan negara”.

Malah, katanya, Nurul Izzah tidak sebarang kuasa untuk meluluskan projek dan tender kerajaan. Mk

Fahmi pertahan pelantikan Nurul Izzah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Azhar Sulaiman guna gelaran ‘mami’ dilabel pondan (Video)

Roh pencuri belum sampai, jasad telah sampai di balai polis [VIDEO]



Pengurus bank ‘kantoi’ simpan video lucah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker