Hukum mendirikan solat sunat Hadiah
Hukum mendirikan solat sunat Hadiah
Istilah solat sunat hadiah, sebenarnya lebih terkenal di kalangan masyarakat Melayu, itu kata Hashrul Niezam Abdul Hanif tenaga pengajar di Sri Ayesha Islamic School, ketika memulakan bicara saat ditanya tentang solat sunat hadiah.
Sambungnya, jika kita lihat dalam kitab-kitab fikah, tidak banyak yang membicarakan tentang solat hadiah. Bahkan menurut ulama salafi, solat hadiah ini langsung tiada. Seolah-olahnya ia adalah perkara baru. Begitu juga dalam kitab sunan, tidak pernah disebutkan berkaitan solat ini.
Menghuraikan tentang solat hadiah, ia adalah solat yang didirikan sebanyak dua rakaat, bertujuan memberikan hadiah pahala kepada si mati. Solat ini dilakukan bagi meringankan tanggungan beban si mati pada malam pertama ia dikuburkan.
Jika kita merujuk fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Pulau Pinang pada tahun 1970, yang tidak diwartakan, tidak terdapat solat sunat hadiah bagi mayat. Akan tetapi dalam kitab Nihayatus Zain, solat sunat yang dianjurkan adalah solat mutlak berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang pernah bersabda,
“Pada malam pertama mayat dikebumikan, keadaan mayat itu berada dalam keluh kesah, oleh kerana itu kasihanilah kamu untuk mengurangkan keluh kesah mayat itu dengan bersedekah. Jika tidak mampu bersedekah maka sembahyanglah dua rakaat. Bacalah padanya tiap-tiap rakaat satu kali al-Fatihah, satu kali ayat Kursi, satu kali at-Takathur dan 10 kali surat al-Ikhlas dan hendaklah berdoa sesudah memberi salam,”
Ulama hadis berpendapat, sedekah itu mempunyai dua cabang iaitu harta dan juga badan. Dari sudut harta ialah seperti menjamu makanan kepada golongan miskin, dengan pahala dari sedekah tersebut diniatkan untuk si mati.
Namun jika tiada kemampuan, hendaklah dizahirkan sedekah itu dengan badan, melalui solat hadiah yang didirikan untuk si mati, sebagaimana hadis di atas. Katanya lagi, walaupun terdapat hadis yang mengisahkan tentang kaifiat solat ini terhadap mayat, tetapi ia tidak jelas sumbernya. Oleh itu, bagi yang ingin mendirikannya, eloklah diniatkan dengan solat hajat sahaja sebagaimana yang biasa kita amalkan.
Apatah lagi imam-imam mazhab empat tidak langsung membicarakan tentang hadis solat ini terutama Imam Syafie, yang jelas pegangan beliau bahawa selain dari solat jenazah dan doa, hanya harta sahaja yang boleh sampai kepada si mati.
Berbanding dengan solat jenazah ghaib, solat ini memang ada nasnya yang sahih sebagaimana dari Abu Hurairah r.a katanya,
“Pada hari kematian raja Najasyi (Raja Habsyah), Rasulullah s.a.w mengumumkannya kepada orang ramai. Sesudah itu Baginda pergi ke tempat solat, lalu Baginda takbir empat kali (solat ghaib).” (HR Muslim)
Jelas Hashrul lagi, para fuqaha berbeza pendapat dalam membicarakan solat jenazah ghaib ini. Mengikut pandangan Maliki dan Hanafi, solat jenazah ghaib hanya dilakukan oleh Nabi s.a.w sahaja. Manakala bagi umatnya, hanya perlu berdoa untuk si mati.
Akan tetapi Imam Syafie dan Hanbali membolehkannya. Pendapat ini turut diterima oleh Ahmad dan majoriti ulama terdahulu seperti Ibn Hazm. Dalam Fathul Bari, solat ghaib diharuskan, dan tiada seorang pun daripada sahabat selepas kewafatan Baginda mencegah dari melakukannya.
Ada pun solat jenazah ghaib ini bermaksud solat jenazah yang dilakukan terhadap mayat yang ghaib, iaitu mayat yang mati di tempat lain, di mana orang yang ingin menziarahi mayat terhalang kerana sebab-sebab syarie.
Dan bagi mayat yang tidak ditemui jasadnya seperti hilang di laut, hutan atau lain, maka solat ke atasnya tidak diharuskan kerana jasad tidak dapat dimandikan. Solat jenazah ghaib ini juga boleh dilakukan walaupun mayat telah dikuburkan.
Dalam membicarakan tempoh masa mengerjakan solat ini, menurut pendapat Ibn Hajar Asqolani adalah dari saat menerima kematian hingga berlangsung selama tiga hari, kerana ia merupakan tempoh masa bertakziah menurut kitab-kitab fiqah.
Kaedah mendirikan solat jenazah ghaib pula, sama seperti mengerjakan solat jenazah biasa, iaitu dengan empat kali takbir tanpa rakaat. Oleh demikian, jelas bahawa, solat ghaib dan solat hadiah ini berbeza dari sudut pelaksanaan, tuntutan dan tujuan diadakan. Wallahu a’lam utv
Hukum mendirikan solat sunat Hadiah
Baca Artikel Menarik:
- Rasuah atau sedekah: Kerajaan perlu bersuara, SPR dan SPRM kena sepakat
- Meerqeen, Anna macam suami isteri sebenar
- Dua anggota Ayahanda Harimau Kumbang dibebas dengan jaminan polis
- Naib Presiden UMNO: Siapa bertahan, siapa mencabar?
- Sanusi terus bermain isu perkauman – Ismail
- Agensi umrah didakwa bolot tiket penerbangan
- Mayat dalam semak adalah Zarina Mukhtar
- Agong berkenan menerima menghadap Ismail Sabri
- Pergaduhan isteri pertama dan kedua, Ini komen anak Zainal Abidin Hassan
- Buaya hantar jasad budak lelaki tidak akan dipindahkan
- Proton X90, sedan baharu Perodua tarikan utama 2023
- Janna Nick Nafi Jadi Punca Fyna Jebat & Isteri Pertama Bertarik Rambut
- Noorkhiriah mengaku salahnya sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.