Polis tak tolak ada tangkapan baharu kes pelaburan i-Serve

Polis tak tolak ada tangkapan baharu kes pelaburan i-Serve

Polis tidak menolak kemungkinan ada beberapa lagi tangkapan berhubung kes pengubahan wang haram membabitkan syarikat pelaburan i-Serve dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas bersama syarikat penerbangan MYAirline.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf, berkata ia susulan JSJK menerima 82 laporan polis baharu berhubung kes berkenaan yang melibatkan nilai kerugian dianggarkan RM87 juta.

Beliau berkata, JSJK sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui perincian maklumat peranan setiap individu yang terlibat dengan syarikat terbabit.

“Beberapa tangkapan akan dibuat, namun ia bergantung kepada siasatan kami,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman.

Beliau berkata, terdapat tujuh hingga lapan syarikat dipercayai terbabit dalam kes pengubahan wang haram melibatkan syarikat pelaburan i-Serve itu.

Pada 17 Okt, polis menahan seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar ‘Datuk’ serta isteri dan anak lelakinya, bagi membantu siasatan kes mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Susulan itu, polis menahan seorang lagi ahli perniagaan berhubung aktiviti pengubahan wang haram membabitkan syarikat penerbangan berkenaan, namun keempat-empat individu itu telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Pada 26 Okt, polis menahan empat lagi individu syarikat i-Serve bagi membantu siasatan kes berkenaan yang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita tempatan berusia lingkungan 30 hingga 62 tahun di Menara KPJ, di Jalan Tun Razak di sini manakala seorang lagi di kawasan Bukit Tunku di sini. FMT

Polis tak tolak ada tangkapan baharu kes pelaburan i-Serve

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan

Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta

Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)

RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker