Menteri Komunikasi setuju filem Pulau tidak sesuai ditayangkan

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berpandangan filem bergenre seram, ‘Pulau’ tidak sesuai untuk ditayangkan.

Fahmi berkata, bagaimanapun beliau tidak boleh bercakap bagi pihak Lembaga Penapis Filem (LPF) yang berada di bawah naungan Kementerian Dalam Negeri.

“Saya tak boleh bercakap bagi pihak LPF dan saya juga difahamkan pihak Finas telah mengeluarkan kenyataan pada hari ini, tetapi dia bukan pada aspek penapisan. Apa-apa prosedur yang dipantau oleh Finas itu adalah berlandaskan kepada SOP (prosedur operasi standard) perhubungan antara LPF dengan Finas.



“Pandangan saya mungkin kita kena teliti semula beberapa SOP kerana jelas di sini telah berlaku satu pelanggaran dan saya difahamkan dari segi kelulusan LPF itu telah diberi pada bulan September tahun lalu, sebelum saya jadi menteri, sebelum kerajaan yang ada sekarang ini,” katanya ketika hadir pada tayangan eksklusif filem Duan Nago Bogho di sini malam ini.

Beliau diminta mengulas sama ada LPF atau Finas akan mempertimbangkan semula tayangan filem itu di pawagam.

Fahmi berkata, merujuk kepada ‘trailer’ filem tersebut yang telah tular dan pada pandangannya tidak sesuai, beliau sendiri telah berhubung dengan pihak Golden Screen Cinemas (GSC) dan difahamkan penerbit berkenaan memutuskan menarik balik ‘trailer’ terbabit dalam tempoh terdekat serta melakukan penyuntingan baharu.

Menurut Fahmi, beliau turut difahamkan berdasarkan laporan yang diterimanya, berkemungkinan terdapat babak-babak yang dipotong terlepas masuk ke ‘trailer’ filem tersebut.



“Trailer itu tidak ada potongan seperti dalam filem sebenar, tapi saya tidak boleh bercakap lebih daripada itu dan saya mohon dengan rakan-rakan media untuk berhubung dengan pihak LPF.

“Bagi saya, saya telah minta pihak Finas untuk di masa hadapan, perkara ini perlu kami teliti, kaji semula dan rombak SOP. Kami tak nak jadi seperti ini, kelulusan itu diberi tanpa penelitian yang lebih khusus, saya rasa perlu ada penelitian,” katanya.

Semalam, media melaporkan (Finas) tidak bertanggungjawab memberikan kelulusan tayangan filem bergenre seram, Pulau yang mencetuskan kontroversi kerana didakwa mengandungi adegan panas dan lucah.

Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Prof Dr Md Nasir Ibrahim dilaporkan berkata, garis panduan kandungan penerbitan terletak di bawah bidang kuasa LPF.



Media turut melaporkan Pulau yang bakal ditayangkan 9 Mac depan menerima kecaman pelbagai pihak yang menggesa LPF mengkaji semula kelulusan karya terbitan WebTVAsia dengan kerjasama My Way Pictures dan Filmforce Studio itu. – Bernama

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nikita Mirzani tetap solat Subuh walaupun mengaku berzina dengan teman lelaki

Dipaksa makan daging babi, dirogol jika ‘scammer’ gagal capai sasaran jualan



Anak artis wanita popular dihukum penjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker