Dari Majlis Syura Ulama PAS ke Majlis Syura Ulama UMNO

Bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Mohd Khairuddin Aman Razali, diberi bayangan bakal turut mencorakkan badan terbaru Umno yang akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Menurut Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Mohd Khairuddin akan membantu penubuhan dan perjalanan majlis ulama parti berkenaan.

Menyatakan hal itu petang tadi, Ahmad Zahid berkata dia mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Majlis Ulama Umno Dusuki Ahmad yang memang rapat dengannya.



Ahmad Zahid yang juga ahli parlimen Bagan Datuk menambah, Dusuki itu merupakan sahabat lamanya malah dikenali juga oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Selaku tokoh agama yang banyak pengalaman dan jaringan persahabatan dalam kalangan ulamak dan cendekiawan Islam dalam serta luar negara, saya percaya Datuk Dusuki mampu membantu saya dan Umno untuk memperkukuhkan lagi agenda dakwah Islamiah, pendidikan Islam dan tarbiah dalam parti.

“Insya-Allah beliau juga akan dibantu oleh Datuk Dr Khairuddin Aman Razali yang pernah menjadi setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS,” katanya.

Kenyataan Ahmad Zahid turut dikongsi Mohd Khairuddin dalam media sosialnya tidak lama kemudian.



Mahu jalin hubungan baik

Mohd Khairuddin enggan menjelaskan pembabitannya dalam Majlis Ulama Umno dengan lebih lanjut.

“Struktur majlis ulamak itu akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Penubuhan Majlis Ulama Umno diumumkan oleh Ahmad Zahid semasa perhimpunan agung tahunan parti itu pada hujung minggu lalu.



Kata timbalan perdana menteri berkenaan, penubuhan badan tersebut perlu disegerakan.

Melalui ucapan dasar presiden, Ahmad Zahid berkata kerjasama di antara umara (pemerintah) dan ulama mesti dijalinkan.

“Kita juga perlu mendekati kumpulan-kumpulan ulama yang saya percaya di luar sana bersedia untuk mereka bersama-sama dengan kita.

“Kita mesti terjemahkan usul pembaharuan yang telah kita bincangkan beberapa ketika yang lalu, Majlis Ulama Umno mesti diterjemahkan dengan segera,” katanya.



Mohd Khairuddin merupakan antara ulama kanan dalam PAS suatu ketika tidak lama dulu dan menjadi ahli parlimen Kuala Nerus sebelum dia meninggalkan parti berkenaan pada 14 Mac tahun lalu.

Tindakannya itu dipercayai ada kaitan dengan rasa tidak senangnya terhadap pemimpin tertinggi PAS yang cenderung untuk bekerjasama dengan Bersatu berbanding Umno.

Dia dijadikan calon Umno-BN dalam PRU ke-15 lalu bagi mempertahankan kerusi Kuala Nerus, namun kalah kepada calon PN.

Sementara itu Mohd Khairuddin sendiri memberitahu dia hadir dalam pertemuan Ahmad Zahid dengan Dusuki di Putrajaya pada tengah hari tadi.



Katanya mereka berbincang mengenai bidang tugas Majlis Ulama Umno berdasarkan konsep yang disediakan.

Menurut bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi berkenaan, Ahmad Zahid mahu badan tersebut berperanan menghimpunkan ilmuan Islam bagi menangani isu semasa.

“Beliau (Ahmad Zahid) juga mahu agar hubungan baik dengan pelbagai pihak pemegang taruh Islam termasuk pertubuhan-pertubuhan Islam bukan kerajaan dan tokoh-tokoh masyarakat, termasuk di peringkat antarabangsa perlu diperkasakan menerusi Majlis Ulamak Umno,” katanya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk

Pemukiman Jemaah Menteri: Kementerian diterajui Mat Sabu dapat markah tercorot

Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker