Mukhriz tidak jujur – Khairuddin

Mukhriz tidak jujur – Khairuddin

Kenyataan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir semalam berhubung isu peletakkan jawatan ayahnya, Tun Dr Matahir Mohamad pada Disember lalu didakwa tidak bersikap jujur dan lengkap.

Bekas Ketua Parti Pejuang Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, cadangan Mukhriz supaya Pejuang mempertimbang bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) merupakan punca Dr. Mahathir kecewa.

Dalam masa yang sama bekas Ketua Pejuang Muda juga menyatakan bahawa Pejuang harus bersama PH untuk menarik undi Melayu.

“Sikap Mukhriz dan Majlis Pimpinan Pejuang Kedah yang membuat pelbagai tekanan serta gerakan menolak Tun Mahathir daripada terus mempengerusi parti membuatkan beliau kecil hati dengan tindakan biadap dan kurang ajar mereka selepas pilihan raya lalu.

“Selepas tewas di semua kerusi yang dipertanding, generasi muda yang ‘pro Mukhriz’ nampak seolah-olah menyalahkan Tun Mahathir yang membuat keputusan bertanding di 125 kerusi Parlimen.

“Mereka ini semuanya seperti menuding jari pada beliau atas keputusan yang dianggap mereka sebagai terlalu bercita-cita tinggi, walhal, ia adalah keputusan dibuat dan dipersetujui oleh Majlis Eksekutif Pusat.

“Niat mereka adalah untuk meneutralkan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan DAP dalam PH. Ini tidak boleh diterima akal yang waras untuk jadikan Pejuang ‘pencacai’ membawa sokongan orang Melayu untuk PH,” katanya dalam kenyataan.

Ujar Khairuddin, hal tersebut termasuk corak kepimpinan Mukhriz mendorong bekas calon pilihan raya Parlimen Titiwangsa itu meletakkan jawatannya sebagai Ketua Parti Pejuang Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, berhubung keputusan Pejuang berundur daripada Gerakan Tanah Air (GTA), beliau berkata, Mukhriz dan ‘pasukannya’ membuat gerakan bagi menolak gabungan itu sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Tun Mahathir bersungguh-sungguh mahukan platform GTA kerana beliau mempunyai agenda ke arah penyatuan melayu melalui platform ini dan Mukhriz seharusnya beri sedikit ‘muka’ serta berkompromi demi agenda mulia bapanya.

“Tidak tahu mengapa nampak Mukhriz terlalu ‘rigid’ dan beria-ia sangat menolak GTA malahan di peringkat awal penubuhan lagi.Kalau tidak mahu bersama GTA, pertahankanlah pendirian dalam mesyuarat majlis eksekutif untuk menolak GTA secara tegas.

“Masalahnya, mereka mengangguk kepala bersetuju dalam mesyuarat di hadapan Tun Mahathir, tetapi mengambil pendekatan tikam belakang.

“Ketika bertanding dalam PRU15, saya tidak faham kerana semua calon-calon GTA bertanding di bawah parti serta logo PEJUANG bukannya platform GTA yang belum diluluskan lagi.

“Bagi saya ini membawa erti rakyat dan para pengundi menolak calon-calon yang menggunakan logo parti PEJUANG dalam PRU15 bukan menolak GTA,” ujarnya.

Tambah Khairuddin, beliau hanya mendukung wadah perjuangan Dr. Mahathir kerana bekas Perdana Menteri itu tidak pernah menipu dalam mana-mana perjuangan bagi menegakkan kebenaran demi bangsa, agama dan negara.

“Mukhriz bukan seorang pemimpin politik yang berwibawa tetapi hanya personaliti yang sedang diacu menjadi pemimpin. Kini, saya tidak hairan mengapa beliau ditolak sebagai Menteri Besar Kedah dua kali dalam pesada politik tanah air.

“Kepimpinan beliau dibanding Tun Mahathir bagai langit dengan bumi. Secara tegas saya ingin mengatakan, saya sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan Mukhriz dan mengisytiharkan untuk keluar sebagai ahli parti Pejuang secara serta merta,” jelas beliau. MG

Mukhriz tidak jujur – Khairuddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajah cantik, nasi lemak laku keras

Puteri Sarah sindir Syamsul

Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker