Tuduhan wujud perwakilan import memalukan PAU – Megat Zulkarnain

Tuduhan wujud perwakilan import memalukan PAU – Megat Zulkarnain

Jangan buat kenyataan yang memalukan dengan mendakwa wujud perwakilan import dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Megat Zulkarnain Omardin menegaskan, setiap perwakilan yang hadir adalah yang disahkan di peringkat bahagian dan cawangan.



“Sebagai ketua, kita kena kenal setiap perwakilan. Tidak boleh buat tuduhan semborono sekiranya kita tidak kenal seseorang perwakilan.

“Bawah saya ada 22 bahagian di Selangor, saya kenal setiap mereka di bahagian, cawangan dan akar umbi. Lainlah kalau kita tidak pernah turun ke bawah, kita tidak kenal sesiapa pun pemimpin bawahan kita,” katanya kepada pemberita selepas melawat Laman Media di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Khairy Jamaluddin kononnya wujud perwakilan import sepanjang PAU 2022 yang berlangsung sejak Rabu hingga petang ini.

Megat Zulkarnain minta Khairy bersikap profesional dan membuat tuduhan itu kerana tidak dapat menerima keputusan majoriti perwakilan tidak mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan.



Semalam, seorang pembahas dari Negeri Sembilan ketika mengemukakan usul agar dua jawatan itu tidak pertandingkan telah di’boo’ oleh beberapa orang perwakilan.

Beliau juga menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar dan memalukan.

“PAU sepatutnya diangkat darjatnya, tetapi telah mengundang malu dengan perbuatan segelintir perwakilan.

“Apapun perkara ini bukan suatu yang baharu, sebaliknya kita kena profesional, kena terima keputusan perwakilan, jangan keputusan itu bila dilihat memihak kepada kita, itu yang betul,” katanya.



Sesi perbahasan Ucapan Dasar Presiden UMNO di Dewan Merdeka WTC semalam kecoh sebentar apabila ada dalam kalangan perwakilan tidak puas terhadap usul jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti pada Mei ini.

Keadaan dewan menjadi gamat sebaik sahaja pembahas dari UMNO Bahagian Rembau, Mohd Shukri Samsudin mengemukakan usul itu.

“Usul tambahan saya ialah memcadangan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertanding,” katanya ketika mengakhiri perbahasan beliau dan serentak itu disambut dengan teriakan ‘boo’.

Ditanya mengenai keputusan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi tidak akan mempertahankan jawatannya, Megat Zulkarnain berkata, semua pihak harus hormat keputusan itu. MG



Tuduhan wujud perwakilan import memalukan PAU – Megat Zulkarnain

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajah cantik, nasi lemak laku keras



Puteri Sarah sindir Syamsul

Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker