Ismail kecewa tiada pertandingan ‘Top 2’ ‘

Ismail kecewa tiada pertandingan ‘Top 2’ ‘

Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob berkata jika dua jawatan utama parti tidak dipertandingkan bagi mengelakkan perpecahan, semua jawatan lain juga tidak perlu.

Ismail berkata, sebaiknya keputusan tidak mempertandingkan jawatan tertinggi itu difikirkan semula.

“Bukan soal dalaman Umno saja perlu kukuh sebaliknya parti memerlukan keyakinan rakyat untuk kembali kuat,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Beliau berkata, untuk mendapat keyakinan rakyat mahu melihat perubahan dalam Umno terlebih dahulu.

“Kalau betul-betul tak nak perpecahan dalam parti tak payah ada pemilihan ketua bahagian, pemilihan di peringkat akar umbi. Sebab jika ada pemilihan berpecah juga, kenapa dua sahaja, kenapa naib presiden kena bertanding, nanti akan ada cakap berlaku perpecahan, ketua Pemuda kenapa bertanding, tak payah tanding lah.

“Kalau nak parti kita kuat, bukan hanya kita dalam Umno tapi rakyat perlu kita tarik bersama, kita yang nak tengok perubahan dalam parti.

“Malah kita bercakap soal nak menang PRU, adakah tawaran baru kita kepada rakyat dalam Umno sudah mati?” soalnya.

Ismail juga bimbang keputusan itu bakal menghakis kepercayaan orang muda terhadap Umno dan bertentangan proses peremajaan parti dengan tidak mengamalkan demokrasi.

“Saya bimbang dalam perbahasan kita banyak cakap soal nak kembalikan kepercayaan orang muda kepada parti, kita bercakap soal demokrasi tetapi ini (keputusan tidak mempertandingkan) bertentangan idealisme mereka dan hak bertanding.

“Saya takut bukan sahaja tidak boleh menarik tetapi menjauhkan orang muda kerana tak ada keyakinan kepada kita,” katanya.

Menurutnya, Umno juga bakal dilihat sebagai parti yang tidak memberi kebebasan kepada ahlinya terutama dalam menentukan pucuk pimpinan.

“Ada perwakilan mengatakan selama ini tak ada pertandingan, bezanya dulu zaman Dr Mahathir Mohamad 22 tahun jadi presiden tak ada pertandingan sebab tak ada arahan dikeluar supaya tak dipertandingkan, tak ada orang nak lawan, itu beza dia,” katanya.

Sementara itu, bekas perdana menteri berkata kekeliruan berhubung keputusan yang dipersoalkan segelintir pihak itu boleh dijawab oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). FMT

Ismail kecewa tiada pertandingan ‘Top 2’ ‘

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajah cantik, nasi lemak laku keras

Puteri Sarah sindir Syamsul

Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker