Status Islam wanita kekal, hormati hak MAIS yang telah diputuskan mahkamah
PETALING JAYA: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) meminta masyarakat menghormati dan memahami keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuannya untuk mengembalikan status Islam seorang wanita berusia 37 tahun.
Pengerusinya Abd Aziz Mohd Yusof berkata keputusan itu dilihat sebagai pengiktirafan kedudukan Mahkamah Syariah dalam sistem perundangan di Malaysia yang perlu difahami oleh semua lapisan masyarakat.
“Mais juga menasihatkan masyarakat agar tidak menyalahgunakan proses mahkamah dan sentiasa menghormati kedudukan Mahkamah Syariah sebagai suatu institusi keadilan,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu dalam menyampaikan keputusan majoriti Mahkamah Rayuan, Hakim Yaacob Sam berkata mahkamah berpendapat rayuan dikemukakan Mais itu mempunyai merit.
Yaacob dan Hakim Nazlan Ghazali memihak kepada Mais dalam penghakiman majoriti, manakala Hakim Ravinthran Paramaguru tidak bersetuju.
Wanita yang pada asalnya menganut agama Hindu itu masih kanak-kanak apabila dia memeluk Islam secara sepihak oleh ibunya.
Wanita yang dilahirkan pada 1986 itu berkata ibunya telah menukar agamanya secara sepihak pada 1991 di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Pertukaran itu berlaku semasa ibu bapanya sedang dalam perceraian, yang telah dimuktamadkan pada tahun 1992. Ibunya terus berkahwin dengan seorang lelaki Islam pada tahun 1993, dan bapanya meninggal dunia dalam kemalangan tiga tahun kemudian.
Wanita itu berhujah bahawa, walaupun dia memeluk Islam, ibu dan bapa tirinya membenarkan dia terus mengamalkan kepercayaan Hindu, yang mana dia dibesarkan dengan agama itu.
Pada 2017, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur telah menolak permohonan wanita itu bahawa dia bukan lagi seorang Islam.
Bagaimanapun pada 2021, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memberikan pengisytiharan bahawa dia bukan seorang Islam.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zahid mahu Azalina laksana tugas berkait buku Thomas dengan segera
- Pencabar intai jawatan kabinet – Shahrir
- Hishammuddin mahu bertanding jika laluan terbuka
- Tindakan disiplin tak boleh semberono – Khaled
- Zahid akui ada usaha, gerakan singkir beliau
- ‘Saya boleh kata ‘poster boy’ perlu bertanggungjawab, tapi…’
- Siapa pun kemudi UMNO, kalau tak ikhlas karam semua -Shahril
- Promosi arak secara terbuka, Mufti Pulau Pinang bangkit tegur Kerajaan DAP
- “Saya Berzina Tapi Solat, Diterima Allah Atau Tak?”- Ini Jawapan Ustaz Abdul Samad
- ‘Kikislah suami anda sebelum orang lain kikis’ – Fatin Afeefa
- Asyraf Wajdi umum tidak pertahan Ketua Pemuda, rasa bertanggungjawab atas prestasi UMNO
- Anggota imigresen ugut bunuh bekas kekasih guna pedang samurai
- Malaysia pertimbang hentikan eksport minyak sawit kepada Kesatuan Eropah – Fadillah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wajah cantik, nasi lemak laku keras
Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy