Pencabar intai jawatan kabinet – Shahrir

Pencabar intai jawatan kabinet – Shahrir

Veteran Umno Shahrir Abdul Samad hari ini mendakwa bahawa kumpulan yang mahu mencabar kepimpinan semasa pada pemilihan parti akan datang sebenarnya mengintaikan jawatan kabinet.

“Apabila satu kumpulan pencabar pun sudah bersetuju dengan penyertaan Umno dalam kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim, maka yang sebenarnya dipertandingkan ialah untuk mengisi jawatan-jawatan dalam kerajaan itu.



“Mudah bukan?” soal Shahrir, ahli parlimen tujuh penggal dan tiga kali bekas menteri kabinet persekutuan dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Shahrir berkata bahawa dia menjangkakan kumpulan lain juga akan mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding.

“Kita tunggu pula kumpulan pencabar yang lain. Dengan pemikiran yang lain pula,” katanya.

Ketika ini, sedang hangat perdebatan di kalangan akar umbi dan pemimpin Umno sama ada dua jawatan utama parti itu tidak perlu dipertandingkan atau tidak dalam pemilihan Umno akan datang.



Alasan dan hujah bagi mereka yang menyokong agar jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan adalah untuk mengelakkan perpecahan dalaman menjelang enam pilihan raya negeri.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi telah menyatakan dia bersedia untuk dicabar manakala timbalannya Mohamad memilih status quo untuk jawatan presiden.

Kedua-dua Zahid dan Mohamad adalah sebahagian daripada kabinet Anwar Ibrahim.

Setakat ini, hanya bekas Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menyatakan hasrat untuk mencabar Zahid. Pencalonan belum dibuka manakala tarikh pemilihan juga belum diputuskan. FMT



Pencabar intai jawatan kabinet – Shahrir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin



Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu

Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker