Umno perlu kuasai kepakaran urus perbezaan dengan DAP

Umno perlu kuasai kepakaran urus perbezaan dengan DAP

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi menyarankan parti itu menguasai kepakaran mengurus perbezaan dengan musuh tradisi, DAP bagi memastikan kestabilan politik dibawa kerajaan perpaduan dapat dikekalkan.

“Sekarang kita akan mendapat pengalaman baru, iaitu bagaimana menguruskan perbezaan dengan parti yang menjadi musuh tradisi kita, yang kita sebut sebagai DAP, tetapi berkongsi kuasa. Tak pernah dalam sejarah.



“Jadi kita kena betul-betul menguasai kepakaran baru ini supaya kestabilan politik dapat dipertahankan, pada masa sama meraih semula kepercayaan rakyat bahawa Umno komited dengan kerajaan perpaduan ini,” katanya menerusi bicara ekslusif Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 yang disiarkan menerusi Facebook Umno Online.

Dalam pada itu, Puad berkata, kemahiran untuk mengurus perbezaan dengan musuh tradisi umpama anjing dengan kucing dalam sebuah kerajaan adalah cukup penting.

Tambahnya, beliau yakin isu ‘no Anwar, no DAP’ yang suka dimainkan oleh musuh dalam selimut yang wujud di dalam parti tidak lagi jadi relevan selepas itu.

“PAU ini akan menamatkan perkara tersebut,” katanya.



Semalam, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan pada perasmian perhimpunan agung sayap parti berterus-terang dengan perwakilan, terutama tentang kerjasama dengan seteru lama, DAP.

Mohamad berkata, semua tahu Umno dan DAP bertentangan, namun hakikatnya Umno yang tewas PRU15 dipanggil untuk memainkan peranan demi negara, “di saat paling kritikal untuk Malaysia”.

Dalam majlis yang disiarkan secara langsung kepada media, Mohamad berterus-terang mengatakan bahawa Umno dan DAP kenal dan faham pendirian masing-masing.

Namun katanya, Umno membuat keputusan untuk mengurus perbezaan itu bagi menyahut peranan strategik itu dan pilihan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan menjadikan Umno parti yang akan mewakili kepentingan Melayu terbesar dalam kerajaan,



Hakikatnya, tegas Mohamad, keputusan beberapa pilihan raya umum lepas menampakkan bahawa sokongan Melayu tidak meningkat di sebalik cemuhan terhadap DAP. FMT

Umno perlu kuasai kepakaran urus perbezaan dengan DAP

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin

Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu



Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker