5 Adun UMNO yang belot, Ahmad Maslan ucapkan ‘Selamat Berkhidmat’

SUA UMNO Ahmad Maslan

Umno belum membuat sebarang keputusan terhadap lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Sabah yang menyertai kabinet kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Hajiji Mohd Noor.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, berkata isu berkenaan akan dibincang selepas Perhimpunan Agung Umno 2022 (PAU 2022).

“Belum buat sebarang keputusan mengenainya,” kata Ahmad pada sidang media di selepas merasmikan Laman Media PAU 2022 di Kuala Lumpur, hari ini.

“Saya ucapkan selamat berkhidmat buat mereka, (tindakan) itu kita cerita kemudian.

“Kita harap semuanya akan kembali stabil, bab itu (krisis Sabah) kita beri komen kemudian,” katanya lagi.

Terdahulu hari ini, Adun Tanjung Keramat, Shahelmy Yahya (gambar, atas) dilantik sebagai timbalan ketua menteri Sabah.

Dia menggantikan Adun Lamag, Bung Moktar Raden yang juga disingkirkan sebagai menteri kerja raya.

Shahelmy dilantik sebagai timbalan ketua menteri III dan diberi portfolio kerja raya.

Selain Bung Moktar, Hajiji turut menggugurkan dua lagi anggota kabinetnya – Yakub Khan (BN-Karambunai) dan Jafry Ariffin (BN-Sukau).

Bagaimanapun, Bung yang juga ketua Umno Sabah menegaskan parti itu tidak mengiktiraf peranan lima Adun Umno tersebut dalam kabinet kerajaan negeri.

Rombakan itu dibuat beberapa hari selepas Umno Sabah menarik balik sokongan pada Hajiji.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagaimanapun berjaya mempertahankan kepimpinannya dengan sokongan lima Adun Umno dan tujuh Adun PH.

Taklimat tertutup presiden Umno

Sementara itu, Bung Moktar juga mendakwa lima Adun Umno itu disogok dengan jawatan menteri, timbalan menteri dan kedudukan dalam syarikat berkaitan kerajaan.

Dia justeru menuntut menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat perkara itu.

Sementara itu, Ahmad berkata presiden Umno akan menjelaskan mengenai kerajaan perpaduan pada sesi taklimat petang nanti.

Taklimat secara tertutup itu membabitkan kehadiran lebih 3,000 perwakilan dari seluruh negara.

“Taklimat itu adalah bagi memahamkan dan memaklumkan kepada mereka yang hadir mengenai kerajaan perpaduan dan apa ada dalam kerajaan perpaduan (tindakan Umno menyertainya).

“Itu pembaharuan pertama dilakukan selain program kebiasaan dilakukan iaitu perasmian sayap wanita, pemuda dan puteri yang dijadualkan malam ini,” katanya lagi.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin

Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu

Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker