PH masih pembangkang di DUN Johor, tiada perbincangan Kerajaan Perpaduan

JOHOR BAHRU – Tiada sebarang perbincangan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Johor berhubung Kerajaan Perpaduan yang mahu diwujudkan di peringkat negeri selari dengan apa yang berlaku di peringkat Persekutuan.

Pengerusi PH Johor, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, PH masih lagi bertindak sebagai pembangkang di negeri ini.

Bagaimanapun, menurutnya, biarpun keadaan di peringkat negeri dan Persekutuan berbeza, namun hubungan antara PH dan BN negeri cukup baik atas semangat perpaduan.



“Ketika saya meninggalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sewaktu Menteri Besar (Datuk Onn Hafiz Ghazi) membuat penggulungan Bajet Johor pada Disember lalu, PH Johor masih duduk di barisan pembangkang.

“Belum ada apa-apa keputusan di Johor, tetapi antara kami, semua faham bahawa semangat perpaduan kerajaan sangat mendasari.

“Hubungan juga sangat baik, cuma kita tidak dapat tentukan lagi bentuk kerjasama pada masa akan datang,” katanya ketika sidang akhbar selepas majlis kenduri kesyukuran Amanah Parlimen Pulai di sini pada malam Sabtu.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram berkata, perbincangan masih dilakukan berhubung kaukus melibatkan 24 ahli Parlimen daripada BN dan PH Johor.



“Mengenai kaukus, perkara tersebut masih dalam perbincangan dan Ketua Pembangkang, Andrew Chen Kah Eng sedang lakukannya,” katanya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac tahun lepas, BN mendapat kemenangan dua pertiga selepas memperoleh 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

PH pula memenangi 12 kerusi diikuti Perikatan Nasional (tiga) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) satu kerusi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]



Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar

Ustaz Jakim kutuk Kerajaan Perpaduan disiasat



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker