Pensyarah dikencing Inspektor Ku, RM1.3 juta wang lesap begitu sahaja
JOHOR BAHRU – Seorang pensyarah di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) kerugian RM1.3 juta selepas menjadi mangsa penipuan Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, laporan daripada wanita berusia 41 tahun itu diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pada Sabtu.
Menurutnya, mangsa mendakwa dihubungi individu yang memaklumkan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum disambungkan kepada pegawai polis bernama Inspektor Ku dari Sabah.
“Individu berkenaan mendakwa, mangsa terlibat dalam laporan pemalsuan Covid-19 di Sabah dan kemudiannya menyatakan mangsa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dan dadah.
“Inspektor Ku menawarkan untuk membantu mangsa membuka akaun bank dan mengarahkan mangsa menyerahkan kata laluan online bank serta mendaftarkan nombor telefon bimbit yang diberikan.
“Seterusnya mangsa telah memindahkan semua wang ke dalam akaun tersebut kononnya untuk simpanan sementara kes masih disiasat. Sebanyak RM1.3 juta telah dipindahkan antara Oktober hingga November ke akaun tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Ahad.
Menurut Kamarul Zaman, mangsa sedar dirinya ditipu selepas membuat semakan pada awal bulan ini dan mendapati kesemua wang dari akaun telah dipindahkan ke beberapa akaun tidak dikenali.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menerima panggilan mendakwa terlibat dalam aktiviti jenayah dan juga mengarahkan wang dipindahkan ke akaun lain.
“Polis tidak akan berdiam diri dan kita menyarankan orang ramai memuat naik aplikasi Whoscall yang membolehkan kita mengesan panggilan daripada scammer,” katanya.
Sementara itu, Kamarul Zaman turut mendedahkan seorang lelaki berusia 49 tahun menjadi mangsa penipuan wakil penjual bagi sebuah syarikat secara dalam talian di Johor Bahru, baru-baru ini.
“Mangsa ditipu oleh syarikat berkenaan yang menjanjikan keuntungan mudah dengan melaburkan sejumlah wang. Mangsa pada mulanya melabur wang sebanyak RM800 dan mendapat keuntungan sebanyak RM2,100.
“Disebabkan terpedaya dengan keuntungan mudah yang diperoleh itu, mangsa seterusnya melabur sebanyak RM85,000. Kemudiannya menyedari dirinya ditipu selepas tidak mendapat sebarang komisen,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kerajaan Sabah sah tumbang, BN umum tarik diri
- Isu saham Menara KL: SPRM tahan 2 orang Datuk bertindak sebagai ‘orang tengah’ bagi pihak ‘atasan’
- Inspektor suruh gadis mangsa rogol kangkang dan merogol semula mangsa
- Kabinet bincang stabilkan harga BABI
- PAU UMNO: Tiada usul lain, hanya Usul Presiden – SUA
- Jurulatih tampar pemain: Iurulatih dari Iran terkejut dengan reaksi pemain
- Lelaki sedang berehat terkejut melihat Ular Tedung Selar melingkar di bawah sofanya
- Ismail Sabri & Hishammuddin dijangka tidak rebut jawatan Presiden UMNO, KJ mungkin buat kejutan
- Zahid maafkan 10 pemimpin UMNO, MCA dan MIC, mahu semua ‘move on’
- Penceroboh Menara Merdeka 118 dedahkan kenapa menara ikonik Malaysia jadi pilihan
- Bantah undang-undang pro-LGBTQ, wanita singkap skirt tunjuk ‘karipap’ [VIDEO]
- Mahathir dakwa Anwar tidak mampu urus negara
- Sejarah Dividen ASB dari tahun 1990 – 2022 [KEMASKINI]
- Tertekan dengan leteran isteri mahu anak dikhatankan, bapa ambil keputusan potong sendiri kemaluan anak
- Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]
Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar
You must be logged in to post a comment.