Penduduk Kampung Sungai Baru rayu pertolongan Perdana Menteri

Penduduk Kampung Sungai Baru meminta Perdana Menteri Anwar Ibrahim campur tangan setelah menerima notis pengusiran daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL) pada 19 Disember 2022.

Ini selepas surat daripada Jawatankuasa Bertindak Pemilik Rumah Teres dan Flat Kampung Sungai Baru berkata bahawa surat kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk memohon pelanjutan pengosongan rumah masih tidak menerima sebarang respons.

Menurut laporan MK, salah seorang penduduk dari rumah teres di kampung itu, Nadia Ali menyifatkan notis pengusiran itu sebagai zalim dan kejam.

“Notis pengusiran itu sangat pendek dan penduduk tidak mempunyai masa dan menyukarkan mencari rumah sewa atau membeli rumah baru.

“Jawatan kuasa bertindak ada hantar surat ke PMO pada 29 Disember untuk permohonan pelanjutan pengosongan rumah.

“Tetapi, kami masih belum dapat apa-apa respons dari pihak PMO. Kami masih berharap untuk berjumpa perdana menteri,” katanya.

Isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru melibatkan 67 unit rumah teres dan 14 blok pangsapuri dikenali sebagai Pangsapuri Sungai Baru dengan proses pengambilan tanah bermula sejak tahun 2016.

Pada Julai 2021 lalu, penduduk di Kampung Sungai Baru telah menerima surat Warta Seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah 1960 yang memaksa mereka keluar dari tanah itu dengan pampasan.

Namun, penduduk khususnya penghuni rumah teres tidak setuju dengan kadar pampasan RM400 kaki persegi ditetapkan oleh PTGWPKL.

Sehingga kini, sebanyak 37 penduduk rumah teres tidak setuju dengan pampasan ditawarkan, manakala 27 penghuni bersetuju.

Susulan itu, pada 19 Disember penduduk menerima notis pengusiran 30 hari.

Namun, penduduk meminta pelanjutan masa setelah mendakwa masih ada yang belum menerima pampasan.

Menurut Nadia, ada penduduk yang diberi pampasan dan ada pula yang tidak menerima sebarang bayaran daripada pemaju.

Katanya, penduduk yang menerima pampasan itu, apabila pergi menuntutnya di Pejabat Amanah Raya, dimaklumkan bahawa wang tidak ada.

Dalam pada itu, Nadia mengesahkan bahawa jawatankuasa penduduk sedang mengadakan perbincangan dengan DBKL agar memindahkan penduduk ke Council Home di Jalan Sungai Udang Segambut, sebagai penempatan sementara.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]

Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar

Ustaz Jakim kutuk Kerajaan Perpaduan disiasat

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker