Kelindan lori Maut Terlibat Kemalangan Ketika Terima Rawatan

Kelindan lori Maut Terlibat Kemalangan Ketika Terima Rawatan

BENTONG: Seorang kelindan lori meninggal dunia di Hospital Bentong setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 43 Lebuh Raya Karak menghala ke Bentong dekat Bukit Tinggi semalam.

Mangsa, V Shunmugam, 69 tahun, yang mengalami kecederaan parah, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.



Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian kira-kira jam 4.20 petang semalam membabitkan sebuah treler yang terbabas semasa menuruni bukit.
“Kejadian dipercayai berlaku apabila treler yang dinaiki mangsa bersama pemandu berusia 59 tahun mengalami kegagalan brek semasa menuruni bukit di Bukit Tinggi.

“Kenderaan tersebut kemudiannya terbabas lalu melanggar penghadang konkrit di selekoh kawasan kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Akibat kemalangan tersebut, pemandu lori mengalami kecederaan patah tangan kiri manakala kelindan parah di bahagian kepala dan tangan.

Zaiham berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kita berharap pemandu kenderaan supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya.



“Dan mana-mana pihak yang melihat kejadian ini diminta supaya tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong untuk membantu siasatan,” ujarnya.AA

Kelindan lori Maut Terlibat Kemalangan Ketika Terima Rawatan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]



Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker