Piala AFF 2022: Harimau Malaya benam Singapura 4-1

Harimau Malaya berjaya membenam Singapura 4-1 dalam Piala AFF 2022 sebentar tadi

KUALA LUMPUR: Malaysia mengesahkan tiket ke separuh akhir Piala AFF 2022 dengan bergaya apabila membenam Singapura 4-1 pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi.

Skuad Harimau Malaya yang perlu menang untuk mara ke peringkat empat terbaik jelas tidak menghampakan lebih 65,000 penyokong setianya yang hadir dengan mempamerkan persembahan bertenaga dan menghiburkan.



Empat kali stadium dengan kapasiti 87,411 itu gempita dengan sorakan penyokong yang bagaikan guruh apabila empat kali gawang Singapura bergoncang dek angkara anak buah Kim Pan Gon.

Sebaik wisel permulaan dibunyikan, Malaysia jelas begitu rakus menyerang bagaikan harimau kelaparan, namun benteng Singapura yang diperkukuh dengan lima pertahanan begitu cekap membendung Malaysia daripada mencari ‘lubang’ merobek gawang mereka.

Pujian harus diberikan kepada penjaga gawang lawan, Hassan Sunny yang begitu sibuk sepanjang babak pertama apabila memastikan skuad Harimau Malaya tidak kenduri gol dengan beberapa kali menafikan peluang negara untuk membuka jaringan.

Selepas beberapa kali dipaksa ‘menadah’ percubaan Malaysia, penjaga gol veteran itu dijinakkan pada minit ke-36 apabila tandukan Darren Lok yang menyudahkan hantaran lintang Safawi Rasid menggegar jaringnya.



Belum sempat Singapura mencatur gerakan selepas rehat, mereka bagaikan sesak nafas apabila dibedil dengan rembatan jarak jauh Stuart Wilkin minit ke-50, sebelum pemain terus menyeksa penyokong Singapura yang bertandang dengan gol ketiga buat negara empat minit berselang.

Skuad Kota Singa menghidupkan sedikit sisa perjuangan menerusi jaringan Faris Ramli pada minit ke-83 sebelum penjaga gawang negara, Ahmad Syihan Hazmi terpaksa ‘terbang’ untuk menepis percubaan Amy Recha seminit berselang.

Bagaimanapun, jaringan pembukaan Singapura itu hanya sekadar sagu hati apabila Malaysia kembali berkelebihan tiga gol selepas penyudah kemas pemain gantian, Sergio Aguero menewaskan Hassan buat kali keempat pada minit ke-86.

Selaku naib juara Kumpulan B, Malaysia akan berdepan juara Kumpulan A yang juga ‘raja ASEAN’ enam kali, Thailand pada peringkat separuh akhir secara timbal balik di Stadium Nasional, Sabtu ini dan di Bangkok, 10 Januari.



Vietnam yang menjuarai Kumpulan B pula menempah pertemuan separuh akhir dengan naib juara Kumpulan A yang juga naib juara Piala AFF sebanyak enam kali, Indonesia pada Jumaat ini dan Isnin.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Gerai Roti Canai Popular Di Jalan Transfer Diarah Tutup [VIDEO]

InsyaAllah, Saya Akan Beri Titik Noktah Permasalahan Ini Dalam Masa Terdekat’ – Syamsul Yusof



Pelakon Syafiq Kyle Hadiah Vellfire Pada Keluarga, Netizen Sakat Kata Guna Duit ‘Rompakan’ [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker