Juruwang kena sembur dengan pelanggan tutup kaunter tanpa makluman

Tangkap layar situasi juruwang yang hamil tujuh bulan dimarahi pelanggan di sebuah pasar raya.

PETALING JAYA – Ekoran dakwaan menutup kuanter tanpa meletakkan sebarang pemakluman, seorang juruwang sebuah pasar raya yang hamil tujuh bulan dimarahi seorang pelanggan.

Menerusi hantaran berdurasi seminit dan 53 saat yang dimuat naik, @isuviralsemasa memaparkan seorang juruwang memaklumkan kaunter ditutup kepada seorang wanita yang beratur di belakang pelanggan sebelumnya.

Bagaimanapun, seorang lelaki dipercayai anak kepada wanita itu telah tiba-tiba muncul dan merakam kejadian itu dalam keadaan marah.

“Sebelum saya merakamnya, ibu saya sempat berkata, mengapa tidak memaklumkan awal-awal kuanter sudah ditutup. Dia meminta ibu saya ke kuanter lain.

“Dia siap menjeling ke arah ibu saya dan memanggil staf lain kerana enggan melayan kami,” dakwa lelaki terbabit.

Di ruangan komen, hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata menyebelahi juruwang terbabit.

“Kakak itu tidak salah. Fahami situasi akak yang sedang mengandung itu. Barang pelanggan masih banyak yang perlu dia ‘scan’,” ciap @sucrerosea.

“Semuanya hendak dirakam dan ditularkan. Jangan malukan dan menjatuhkan orang lain dengan cara seperti ini,” seloroh @zakhyranuar.

Pengguna lain, @nrlailiaa_ yang mendakwa rakan kepada juruwang tersebut berkata, ibu kepada pelanggan tersebut masih beratur meskipun sudah diberitahu bahawa kuanter sudah ditutup.

“Melihat kepada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), pelanggan tersebut datang dalam keadaan beremosi dan memberitahu bahawa ibunya sudah beratur terlalu lama.

“Lelaki itu bertindak memprovokasi dan bertindak merakam rakan saya sedangkan jam kerjanya sudah habis pada jam 6 petang dan dia menutup kuanter pun disebabkan arahan pihak atasan,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gerai Roti Canai Popular Di Jalan Transfer Diarah Tutup [VIDEO]

InsyaAllah, Saya Akan Beri Titik Noktah Permasalahan Ini Dalam Masa Terdekat’ – Syamsul Yusof

Pelakon Syafiq Kyle Hadiah Vellfire Pada Keluarga, Netizen Sakat Kata Guna Duit ‘Rompakan’ [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker